Bacalah Doa Ini Mustajab Ketika Dengar Guruh Dan Hujan Lebat Di Tempat Anda

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Bacalah Doa Ini Mustajab Ketika Dengar Guruh Dan Hujan Lebat Di Tempat Anda

Memandangkan sekarang ini cuaca agak tidak menentu kadang hujan kadang panas. Ada kala waktu hujan akan diselangi guruh yang kuat kilat yang memancar tiba-tiba.

Ada yang gerun bila mendengar guruh, tetapi anda boleh membaca beberapa doa Ketika mendengar guruh atau melihat kilat.

Disebutkan dalam hadis daripada Abdullah bin Umar, beliau mengkhabarkan bahawa apabila Rasulullah SAW mendengar guruh atau kilat, baginda membaca doa ini;

اللَّهُمَّ لَا تَقْتُلْنَا بِصَعْقِكَ، وَلَا تُهْلِكْنَا بِعَذَابِكَ، وَعَافِنَا قَبْلَ ذَلِكَ

(Allahumma la taqtulna biso’qika, wala tuhlikna bi ‘adzaabika, wa ‘aafina qobla dzaalika)

“Ya Allah! Janganlah Engkau membu nuh kami dengan kemarahanmu dan janganlah Engkau bina sakan kami dengan azabMu serta ampunilah kami sebelum daripada itu.” (Imam al-Tirmizi menilai hadis ini sebagai gharib)

Manakala Abdullah bin Zubair RA, apabila mendengar petir, beliau terus berhenti bercakap dan membaca:

سُبْحَانَ الَّذِي (يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِه) ثُمَّ يَقُولُ: إِنَّ هَذَا لَوَعِيدٌ شَدِيدٌ لِأَهْلِ الْأَرْضِ

(Subhanalladzi yusabbihu-rra’du bihamdihi walmala ‘ikatu min khiifatih)

“Maha suci Allah yang Dialah juga yang disucikan oleh guruh dan para malaikat dengan bertasbih memujiNya kerana takut kepadaNya.” Kemudian beliau berkata lagi: “Sesungguhnya ini adalah peringatan yang keras untuk penduduk bumi.” (Riwayat Imam Malik di dalam al-Muwatta’, no.1801 & hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad, no.724)

Doa ini cukup mudah dihafal, bukan? Jom, ajak anak dan seluruh anggota keluarga untuk ikut memanjatkannya setiap hujan tiba.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*