Gangguan Sya1tan Ketika Solat Melalui 5 Cara
Ustaz kongsikan 5 keadaan/situasi yang menjadi kegemaran syaitan menganggu manusia semasa menunaikan solat.
1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram.
Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , kita mula ragu/was was apakah takbir yang dilakukan ketika itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Perkara itu terus menerus berulang ada yang masih mengangkat takbir sampai imam hampir rukuk.
Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu), semasa berniat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.
2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat
Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)
3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Dilakukan
Abu Hurairah RA berkata,“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salah seorang dari kalian solat, sya1tan akan datang kepadanya untuk meng godanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)
4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu
Abu Hurairah RA berkata,“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syai tan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)
5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat.
Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari sya itan, karena tergesa-gesa adalah sifat gelabah/gelojoh, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.”
Bila kita solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh sahaja, yang penting aku solat.. Tidak ada ketenangan atau toma’ninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi kerana solat yang telah ia kerjakan belum sah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya,“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)
Ramai pesakit-pesakit gangguan j1n seperti si hir saka dan sebagainya di ganggu ketika solat, ada yang bila mula solat sahaja belakang badan mula rasa panas bagaikan terbakar, ada yang angkat takbir sahaja terus rasa pening mual mahu muntah, ada yang rasa gatal-gatal pada seluruh badan sehingga menganggu ketenangan ketika solat, ada yang rasa dileher bagaikan dicekik, ada yang rasa cukup-cukup malas untuk solat (bukan kerana dia sengaja malas untuk solat ini berbeza ya..).
Pada pesakit-pesakit gangguan, berusahalah untuk bersolat dalam apa juga keadaan sekalipun, berdoa dan pohonlah keampunan Allah diatas ketidak sempurnaan solat yang kita laksanakan. Moga Allah beri bantuan pada semua pesakit-pesakit ustaz untuk kembali solat dengan penuh tenang dan jauh dari kesakitan.
kredit: Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah
Leave a Reply