Peringatan Untuk Suami, Setialah Dengan Isterimu Hidup Di Dunia Hanya Sementara, Masa Senangmu Hanyalah Seketika.

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Peringatan Untuk Suami, Setialah Dengan Isterimu Hidup Di Dunia Hanya Sementara, Masa Senangmu Hanyalah Seketika.

Ini kisah benar yang berlaku di salah sebuah hospital di Malaysia, ingatlah kaum Adam, walau senang mana pun kita jangan kita lupa orang yang berdiri dan merangkak bersama kita waktu kita susah. Umur kita di dunia bukan selamanya, tubuh sihat kita pun bukan kekal abadi…

‘Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri.’

Wajah wanita itu sayu melihat lelaki yang terlantar di atas katil ICU. Wanita itu dice raikan pada umur 50 tahun, setelah 25 tahun bersama lelaki yang terbaring k0ma diatas katil.

‘Saya minta maaf, boleh saya bertanya anak anak puan di mana?’

‘Anak kami 2 orang doktor, tetapi anak semua dah besar. Mereka tak mahu datang melawat ayahnya’

Kenapa?

‘Sejak kami berc3rai anak anak menjauh hati dari ayahnya doktor.’

Dia menangis teresak esak.

‘Jadi siapa waris yang ada sekarang ini?’

‘Dia dah kahwin setahun lepas. Ada isteri baru. Tapi setahu saya isterinya dah lama tinggalkan bekas suami saya sejak kakinya membusuk 2 bulan lalu’

Kepala aku makin pening. Namun, masih bersabar melayankan wanita di hadapan mataku ini. Di saat lelaki ini terdampar k0ma di atas katil ICU, sudah menjadi tugasku untuk mencari dan mengenalpasti siapakah waris. Segala perihal pesakit, surat menyurat, kebenaran untuk rawatan perlu dibincangkan dengan waris. Bukan sekali aku jumpa keluarga yang berantakan di lanjut usia. Banyak..

Kenapa? Kerana lupa diri. Ramai yang berkata ‘wanita diuji sewaktu suaminya susah, lelaki pula diuji sewaktu dia sudahpun senang’. Itulah yang aku selalu lihat di depan mata. Wanita yang dic3raikan kerana suaminya gelap mata. Bila anak sudah besar, duit sudah tidak kemana.

Rezeki pula makin mudah. Kerja dan syarikat syarikat semuanya sudah stabil. Perkeja ramai. Hanya rileks rileks dan kaut untung sahaja. Masa banyak. Duit banyak. Jadi, hati pun kembali muda. Maka ramailah bet1na yang tergedik gedik ingin menjadi pendengar setia masalah keluarga. Mula mula berbual, lepas itu bercerita hal masalah suami isteri. Kemudian perasaan itu berubah menjadi kasihan dan lama kelamaan cvrang itu semakin dekat.

‘Jadi puan datang ke sini bagaimana? ‘

‘Mak mentua saya yang beritahu. Dia pun tak sihat, kena str0ke’

‘Saya datang sebagai tanda hormat lelaki ini pernah saya hidup denganya berpuluh tahun. Sedih saya lihat keadaannya doktor.’

‘Tapi saya ini bukan siapa pada dia. Hanya bekas isteri. Menjaga dia pun bukan tanggungjawab lagi. Apa lagi nak buat keputusan bagi pihak dia.’

‘Baiklah puan, puan duduk dan rehatlah di sini. Tenangkan diri’

Aku tinggalkan wanita itu melayan perasaannya. Biarlah airmatanya gugur. Keesokan harinya lelaki itu men1nggal dunia. Seorang diri, hanya kami yang mengajar kalimat suci ditelinga. Tanpa keluarga. Tanpa isteri. Atau lebih elok disebut bekas isteri.

Tanpa isteri muda yang sudah lari. Tanpa anak anak yang menjauh hati. Tanpa ibunya yang juga sakit, tidak boleh bergerak sendiri. Hanya dia dan kami. Kami kemas jena zah itu untuk dibawa pergi ke bilik ma yat, tanpa waris yang mengiringi. Entah siapa yang tuntut kemudiannya, saya pun tak pasti. Tua sepatutnya menjadikan kita lebih dekat dengan keluarga, lebih dekat dengan Tuhan. Air mata insaf di ICU

Kredit: Dr Nurilyani Bujang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*