“Nanti Pulangkan Pinggan…” Comel Sangat Anak Kecil Ni Bagi Kuih Pada Jirannya
Pasti ada di kalangan kita yang pernah melalui pengalaman waktu kecil dulu disuruh ibu atau bapa untuk menghantar juadah berbuka puasa ke rumah jiran. Pengalaman yang dilalui ketika itu, cukup meriah dirasakan. Apa tidaknya boleh dikatakan setiap hari ada sahaja menu yang ingin dikongsikan bersama jiran-jiran, semuanya saling bertukar-tukar juadah.
Walaupun hakikatnya bukanlah balasan hidangan yang dinanti-nantikan, namun dengan menghidupkan suasana harmoni dengan semangat kejiranan yang kuat seperti itu di bulan Ramadan dapat membuatkan hubu ngan antara kejiranan sangat baik dan rapat.
Nanti Pulangkan Pinggan
Menerusi perkongsian video dari seorang pengguna Twtter yang dikenali sebagai @iqblzmri, telah memuat naik satu video yang cukup menarik perhatian bila seorang kanak-kanak menghantar juadah berbuka kepadanya.
comel je “aah” pastu dia boleh ckp “nanti pulangkan pingan” “pulangkn pingan” alah alah alahh😂😂😂 terigt kecik2 dlu selalu berkongsi juadah berbuka dgn jiran pic.twitter.com/LUzPn3YjmS
— 𝐄𝐛𝐚𝐲 (@iqblzmri_) April 24, 2021
Dalam video ini, kanak-kanak lelaki tersebut menghulurkan sepinggan kuih kepadanya untuk dijadikan juadah berbuka. Apa yang menariknya adalah aksi si anak kecil memberi peringatan untuk pastikan pinggan tersebut dikembalikan dengan gaya yang begitu comel dan geram melihatnya.
Berulang kali menyebut “Nanti pulangkan pinggan…nanti pulangkan pinggan” sambil berlari dan melompat dengan nada yang cukup membuatkan pengguna Twitter cukup tertarik melihat video yang dikongsikan.
Tidak kurang juga melalui perkongsian video tersebut ada yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak ketika menghantar makanan kepada jiran semasa bulan Ramadan.
Sumber : iqbalzmri
Leave a Reply