Jadilah Isteri Penyejuk Hati Suami, Salah Satunya Jangan Suka Merajuk

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Jadilah Isteri Penyejuk Hati Suami, Salah Satunya Jangan Suka Merajuk

Isteri pilihan hati adalah penyejuk hati suami walaupun apa jua masalah yang mendatang. Biarpun onak duri, namun kebahagian rumahtangga tetap dijaga utuh. Ia sekali gus menyenari sebuah hubungan suami isteri yang erat dengan penuh kasih sayang. Bagaikan kasih suami membawa BAHAGIA, kasih isteri membawa ke SYURGA.

Ikuti panduan yang dari sebuah blog yang boleh dijadikan panduan bersama dalam melayari kehidupan rumahtangga. Biarpun sudah punya anak, namun kemesraan terhadap suami tetap manis sehingga hayat.

Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri…. namun dengan selarinya peredaran waktu, kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar.

Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi. Tidak, jangan melulu menyalahkan suami.
Mungkin anda jugalah penyebabnya. Mari kita semak kembali apa yang kebanyakan suami sukakan dan mahukan daripada isterinya. Berikut adalah 8 perkara yang isteri perlu beri perhatian dalam menambat hati suami:

1. Mengambil berat tentang penampilan suami

Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya. Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya.

Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya. Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari. Kita tidak tahu bagaimana ibu melayaninya dahulu. Anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima daripada ibunya.

Berasa banggalah melihat suami anda segak setiap hari. Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura. Lagipun anda mendapat pahala berbuat begitu.

Ini bukan hendak menjadikan anda hamba. Sesetengah isteri memang merasakan begitu. Padahal perkara ini ada disebut dalam hadis,

Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Nera ka, dan selamat dari Titian Sirat.”

2. Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil

Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain? Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu. Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’. Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru. Minta dia tunggu sebentar. Kemaskan diri dan pergilah kepadanya.

3. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami

Kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’.

Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman. Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman. Rugi ke senyum?

4. Layan suami seperti raja

Sesetengah suami suka dilayani seperti raja. Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali. Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.

5. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami

Lelaki kadang-kadang suka dipuji. Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya. Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami.

Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucapkan dulu terima kasih, baru beritahu. Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak”. Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya.

6. Jangan berleter

Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya. Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga. Mana ada suami yang suka isterinya berleter.

7. Jangan kuat merajuk
Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah. Merajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada. Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk. Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?

8. Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran

Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran. Jadi, berperananlah sebagai bidadari, bukan duri yang asyik menyucuk perasaan suami sehingga rumahku menjadi ner4kaku. Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.

Penutup:

Kebahagian rumah tangga adalah bergantung kepada kedua-dua belah pihak, baik dari pihak si isteri mahupun suami. Semuanya memainkan peranan yang penting.

Yang penting kedua-dua belah pihak berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masing dan berusaha mengekalkan keharmonian serta kehangatan dalam rumah tangga.

Sumber: akuislam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*