Wanita Pencinta Kucing Pilihan Wajib Dijadikan Pasangan Hidup

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Wanita Pencinta Kucing Pilihan Wajib Dijadikan Pasangan Hidup

Lelaki sudah pasti mahu pasangan yang terbaik dalam hidupnya, walaupun terpaksa menunggu lama untuk jodoh kunjung tiba, pastilah itu pilihan paling terbaik disebabkan ada juga wanita dengan kriteria yang tak boleh didekati dan malah tidak sesuai untuk dijadikan isteri.

Sebenarnya, ada banyak kriteria-kriteria wanita yang sesuai dijadikan isteri ini. Contohnya, wanita pecinta kucing. Pencinta haiwan sekaligus menunjukan karakter diri yang penyayang, penyabar, pandai, mudah diajak berkomunikasi, suka menolong, suka berk0rban dan bakal menjadi seorang ibu yang terbaik.

Berikut alasan dan sebab wanita pencinta kucing wajib dijadikan pasangan hidup anda.

1. Penyayang

Kucing adalah haiwan yang sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih dari pemiliknya. Tidak cukup memberikan makan dan menguruskan kebersihannya sahaja. Perlu dijaga dengan perhatian yang khusus dan selalu diajak bermain. Jika tidak berbuat demikian mungkin kucing anda bakal stres, yang boleh menjejaskan kesihatannya.

Wanita pecinta kucing sudah pasti ada sifat penyanyang yang terlatih sewaktu membela kucing. Jika sesuatu berlaku pada kucing pasti dia akan rasa sedih, malah sanggup berbuat apa sahaja asalkan kucingnya sihat kembali. Haa, kucing saja dah sayang apatah lagi diri kekasihnya.

2. Seorang yang penyabar

Kucing bukanlah pandai mengemas rumah kecuali mencuci bulunya sahaja. Walaupun rumah bersepah kerana angkara si kucing ini, wanita pencinta kucing pasti akan banyak bersabar. Sifat-sifat sabar ini terlahir dalam diri sebab rutin harian yang sememangnya sentiasa bersabar dengan karenah kucingnya. Ini bermakna apa yang terjadi dengan cintanya. Dia pasti seorang yang sabar.

3. Agama

Kucing merupakan salah satu haiwan yang sangat disayangi oleh Nabi Muhammad SAW. Suatu ketika kucing Rasulullah yang bernama Mueza sedang tertidur di atas jubah yang mahu dikenakan. Namun, Rasulullah tidak ingin mengganggu kucingnya, Rasulullah memotong bahagian jubah yang tidak menjadi alas tidur Mueza. Inilah bukti kecintaan Nabi Muhammad SAW kepada haiwan.

4. Mudah diajak berkomunikasi

Salah satu punca h4ncurnya sebuah perhubungan adalah kurang berkomunikasi. Setuju? Wanita pencinta kucing selalunya banyak bercakap sebagai contoh kalau kita lihat mereka selalu akan berborak dengan kucing, meluahkan perasaan pada kucing kesayangannya.

Kerana selalu berkomunikasi dengan kucing dia tahu jika dia tidak selalu berkomunikasi dengan pasangannya pasti akan terjadi masalah dalam hubungan. Jangan terkejut wanita pencinta kucing selalunya manjakan pasangannya sama seperti kucing.

5. Suka menolong

Mereka yang suka menolong, jika dilihat ada sahaja kucing di kedai makan yang meminta makanan. Tanpa segan silu dia cepat-cepat memberikan makanan. Ada kucing sakit pasti dia akan hulurkan pertolongan.

6. Sanggup berk0rban

Sepenat mana sekalipun dia bekerja pasti akan meluangkan masa bersama dengan kucingnya. Memberi makan dan minum, menyiapkan tempat buang air, dan sebagainya pada si comel walaupun dalam kesibukan dia tetap ada masa untuk buat semua itu. Sifat yang sentiasa berk0rban pada kucing inilah yang dijadikan ukur baik tidak seseorang wanita dijadikan pasangan.

7. Calon ibu yang baik

Ibarat bayi, kucing memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih dari pemiliknya. Makan dan minuman, pemeriksaan gigi, kulit, telinga, mata, kuku, harus selalu setiap hari walaupun penat sekalipun. Wanita pencinta kucing tidak hirau sepenat apa dia bekerja seharian. Janji kucing dapat bermain dan sihat itu sudah memadai.

8. Wanita dan kucing

Sifat sebegini sangat diperlukan seorang calon ibu. Semua hal yang dilakukan terhadap kucing pastu membuat sifat keibuannya terlatih menjadikan latihan menguruskan anak suatu hari nanti. Wanita pecinta kucing tak sesuai dijadikan kekasih tapi sangat sesuai dipilih menjadi calon seorang isteri. Setuju tak?

Sumber : myinfomaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*