Pengajaran Dari Lelaki Berpendapatan 5 Angka Tetapi Tidak Berduit

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Pengajaran Dari Lelaki Berpendapatan 5 Angka Tetapi Tidak Berduit

Pasti anda pelik, bagaimana seorang yang bergaji 5 angka sebulan boleh tidak berduit. Lelaki ini kongsikan puncanya dan diharap anda mengambil iktibar dari kisah hidupnya. Nukilan ini adalah hasil perkongsian Tuan Mohd Syafie melalui laman Fbk beliau.

Saya berpendapatan 5 angka sebulan pada usia 23 tahun tetapi tidak berduit. Dan ini 7 pengajaran Celik Kewangan yang boleh saya kongsikan.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti, kerjaya saya bergerak dengan cepat ke atas tangga korporat. Pada usia 23 tahun saya ditawarkan untuk bekerja di Saudi Arabia dengan pendapatan 5 angka sebulan.

Saya bekerja di Bank Al-Jazira sebagai Eksekutif Aktuari dengan jawatan terakhir sebagai Penolong Pengurus. Hidup saya boleh dikatakan selesa di sana. Saya melakukan aktiviti menyelam setiap minggu dengan lengkap peralatan menyelam peribadi. Saya boleh melancong. Umrah hampir setiap minggu.

Pada masa itu saya merasakan saya ada banyak duit. Saya berbelanja besar. Ada lah menyimpan sedikit.

Setelah 3 tahun setengah bekerja di sana, saya dan isteri membuat keputusan untuk pulang ke tanah air kerana saya mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat yang baru mendapat lesen takaful sebagai Pegawai Aktuari juga.

Saya meminta cuti sebulan sebelum saya memulakan tugas. Sebulan itu saya habiskan dengan membeli rumah dengan simpanan sedikit yang saya bawa pulang dan bercuti dengan keluarga ke Luar negara.

Dalam masa sebulan itu, banyak perbincangan yang saya lakukan dengan ahli keluarga yang kemudian membawa kepada keputusan untuk tidak masuk bekerja tetapi menjadi usahawan.

Ramai yang menganggap saya g1la pada masa itu. Siapa yang akan meninggalkan kerjaya dengan pengalaman kerja dan kelayakan yang saya telah perolehi?

Saya bermula dari bawah semula. Saya sangkakan berniaga ini mudah pada mulanya. Namun tanggapan saya salah. Dari pendapatan 5 angka sebulan, pendapatan saya pada peringkat permulaan semasa mengusahakan D’yana hampir sifar. Ia mencabar saya secara peribadi, profesional dan emosi.

Rumah yang baru dibeli tidak mampu ku hiasi dan isi dengan kelengkapan yang sepatutnya. Hampir setahun kami anak beranak tinggal di rumah yang hanya ada 1 katil dan almari. Tiada TV, tiada meja makan apatah lagi sofa.

Episod hidup itu benar-benar mengajar saya tentang Celik Kewangan.

Dan saya mahu kongsikan 7 pengajaran Celik Kewangan yang pada hemah saya sesuai untuk yang bekerja mahupun usahawan. Lagi-lagi dizaman gawat begini.

1. Perbanyakkan simpanan

Jika sekarang gaji anda RM 2000, anda tidak mampu menyimpan walau sedikit. Nescaya apabila gaji RM 5000 nanti sama juga. Macam sayalah, walau gaji 5 angka, tiada cukai etc tetapi tidak banyak yang saya simpan. Ia bukan disebabkan bertapa besar pendapatan kita untuk membolehkan kita menyimpan. Tetapi lebih kepada mentaliti kita, ilmu kewangan kita dan bertapa kita melayani kemahuan naf su kita.

2. Buat belanjawan

Ala…. Yang ringkas ringkas pun jadila…. Tak kira la nak conteng atas kertas conteng ke atau nak guna applikasi di telefon. Objektifnya supaya jelas apa yang anda perolehi dan keluar setiap bulan.

3. Tahu NILAI anda

Aset (apa yang anda miliki) tolak liabiliti (hutangmu) bersamaan dengan nilai bersih . Dan nilai bersih anda tidak menyamai harga diri anda.

4. Berhati-hati dengan wang “PERCUMA”

Kad kredit BUKANLAH wang percuma. Gunakan mereka seperti yang anda mengunakan tunai, atau tidak menggunakannya sama sekali. Jika anda menggunakannya untuk pengganti sementara kemewahan hidup anda, anda tidak akan mempunyai kebebasan kewangan.

5. Jangan takut dengan perkataan “KEWANGAN”

Kewangan peribadi bukan sahaja tentang matematik, dan anda tidak perlu pandai matematik untuk mempelajarinya. Ringkaskan, pelajari yang asas-asas sahaja. Yang penting MULAkan. Tiada istilah terlambat untuk belajar.

Langkah pertama ialah ilmu. Anda tidak boleh perbaiki apa yang tidak anda ketahui. Pembelajaran celik kewangan merupakan satu pelaburan ilmu yang sangat bernilai.

6. Rancang masa depan kewangan anda

Perancangan untuk masa depan kewangan anda adalah lebih penting daripada merancang percutian, keramaian, dan lain-lain. Adakah anda menghabiskan masa yang cukup pada masa depan kewangan anda?

7. Mengajar keluarga anda mengenai wang

Celik kewangan adalah satu pengajaran hidup yang harus diturunkan kepada anak-anak anda. Belajar, berkongsi, dan seluruh keluarga anda akan menjadi lebih baik.

Jika anda rasa penulisan saya ini memberi kesedaran dan manfaat, haruslah di kongsikan bersama orang lain supaya lebih ramai yang mendapat manfaat.

sumber: petuaibu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*