Doa Selamat Daripada Orang Yang Dengki
Kenapa semua orang suka berkawan dengan dia berbanding aku? Apa lebihnya dia? Apa kurangnya aku?” Kata-kata ini acapkali kita dengar tatkala menonton drama di televisyen. Bahkan ia juga berlaku dalam dunia realiti di sekeliling kita, bukan?
Ada sahaja orang yang menyimpan sikap dengki-mendengki sesama manusia, kadang kala sesama rakan malah juga dalam kalangan adik-beradik atau saudara-mara sendiri. Kenapa setiap manusia itu berbeza-beza? ALLAH SWT telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. ALLAH SWT juga menjadikan setiap hamba-Nya ada kelebihan dan kekurangan dalam sesuatu perkara sebagai ujian.
Menerusi ujian tersebut, keimanan seorang hamba akan dinilai oleh Sang Pencipta. Adakah kita benar-benar bersyukur dengan kelebihan atau bersabar di atas kekurangan yang diberikan? Berikut doa agar terselemat daripada orang yang dengki.
Ertinya :
“Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara Kami yang mendahului Kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan Dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan Rahmatmu.” (Surah Hasyr :10)
Fadhilat Ayat :
Dalam al-Quran di kisahkan , bahawa doa ini dibaca oleh orang-orang beriman yang mengikuti perjuangan dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Mereka memohon agar sentiasa beramal soleh, bersemangat jihad dan menjaga kesucian hati mereka.
Petikan : Buku “Ubat,Doa & Penyembuhan serta khasiat surah-surah al Quran Fadhil Ustaz Sharhan Safie
9 kemuliaan orang yang menjaga solat
Berikut adalah diantara 9 kemuliaan orang yang menjaga solat;
- Dicintai Allah SWT
- Badan selalu sihat
- Dijaga oleh Malaikat
- Turun berkat pada rumahnya
- Tampak pada wajahnya tanda orang soleh
- Allah akan melembutkan hatinya
- Melalui titian sirat sepantas kilat
- Diselamatkan oleh Allah daripada Api Nera ka
- Allah menempatkannya bersama-sama orang yang tidak takut dan tidak bersedih
(Petikan daripada Ungkapan Saidina Uthman bin Affan)
Terima kasih kerana membaca artikel 9 kemuliaan orang yang menjaga solat ini .
Daripada : mselim3.blogspot.com
Leave a Reply