Doa Agar Anak Mudah Menghafal Pelajaran.

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Doa Agar Anak Mudah Menghafal Pelajaran.

Dalam Tafsir Ibn kathir, diriwayatkan oleh Saidina Umar al-Khattab ra bahawa Nabi saw pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di atas. Memerhatikan intisari munajat ini, seorang hamba digalakkan agar memohon kepada Allah kelebihan dalam anugerah-Nya samada umur, rezeki, harta, anak-anak soleh dan sebagainya yang dinilai manusia sebagai nikmat.

Selain itu, kita memohon agar dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain. Akhirnya, kita juga meminta agar Allah mengangkat kedudukan kita lebih tinggi daripada kedudukan orang lain, agar segala anugerah-Nya diberi kepada kita dahului orang lain.

Menurut al-Tirmizi , al-Nasa’i dan al-Hakim , doa ini dibacakan oleh Nabi saw sebaik sahaja selesai menerima wahyu. Justeru itu, kita digalakkan membaca doa ini semasa menuntut ilmu agar dikurniakan keberkatan apa yang dipelajari supaya terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa.

Doa Kebaikan Dunia dan Akhirat.

Ertinya :

” Wahai Tuhan Kami, berilah Kami kebaikan di dunai dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab api nera ka.”

Fadhilat Ayat :

Di dalam Al-Quran menjelaskan bahawa doa ini dibaca oleh orang-orang muslim yang selesai mengerjakan haji. Di dalam tafsir Ibnu Kathsir pula bahawa doa ini mengandungi seluruh kebaikan di dunia dan di akhirat serta menghindarkan dari segala kejahatan/ kerosakan. Oleh kerana doa ini tersangat baik, dianjurkan pembacaannya pada setiap hari selepas solat 5 waktu/ setiap kelapangan .

Petikan : Buku “Ubat,Doa & penyembuhan serta khasiat surah-surah al-Quran Al fadhil Ustaz Sharhan Safie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*