Tanda-tanda Allah SWT B3nci Atau Sayang Kepada Hambanya
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musi bah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musi bah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
Allah telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah menguji bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi Allah menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Banyak tanda Allah cinta pada hambaNya.
Pertama, faham agama. Rasulullah S.a.w bersabda, maksudnya : “Apabila Allah mencintai seseorang maka Dia membuatnya faham mengenai agamanya.” [Hadits Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Kedua, sabar dan redha dengan ujian-ujian dari Allah. Hambanya yang bersabarlah dengan setiap ujian dari Allah. Dan ketahuilah para rasul dan nabi lah yang paling berat menerima ujian dan musi bah dari Allah. Kerana itulah darjat mereka tinggi, dan menjadi teladan kepada seluruh manusia dalam menembuh kehidupan yang mencabar ini.
Ketiga, berakhir hidup dengan husnul khatimah: Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika Allah mencintai seorang hamba, Dia akan memaniskannya.” Baginda berkata: “Dia akan memberinya petunjuk untuk melakukan kebaikan ketika menjelang aj4lnya, sehingga tetangga akan meredhainya (atau ia berkata) orang sekelilingnya.” [Hadits Riwayat Al-Hakim]
Keempat, sentiasa berzikir pada Allah: Diriwayatkan bahawa Nabi Musa ‘Alaihi salam pernah berkata, ” Wahai Rabb Ku Yang Maha Mulia, Bagaimana aku dapat membezakan antara orang yang ENGKAU CINTAI dengan orang yang ENGKAU B3NCI?”
Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman: “Wahai Musa, Sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya”
Nabi Musa bertanya, “Wahai Rabb, apa kedua tanda itu?”
Allah S.w.t berfirman: “Aku akan mengilhamkannya agar dia berdzikir kepada Ku, agar aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka Ku, agar dia tidak terjerumus dalam az4b dan sik saKu.”
Tanda-tanda Allah memb3nci pada hambaNya juga dapat dilihat.
Pertama, lupa dan malas berzikir pada Allah. “Wahai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, Aku jadikan juga dua tanda kepadanya”
Nabi Musa Alaihisalam : “Wahai RabbKu, apa kedua tanda itu?”
Allah S.w.t berfirman : “Aku akan melupakannya berdzikir kepada Ku, Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, agar dia terjerumus dalam lautan Murka Ku dan merasakan az4b pedihKu.” [2]
Kedua, syirik kepada Allah S.w.t. Syirik merupakan dosa yang terbesar yang tidak akan diampuni oleh Allah apabila tidak bertaubat. Contohnya jika seseorang menyakini bahwa ada selain Allah yang bisa menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan, dan yang lainnya dari sifat-sifat ar-rububiyyah. Orang-orang seperti ini keadaannya lebih sesat dan lebih teruk daripada orang-orang ka fir terdahulu.
Ketiga, hidup senang-lenang tanpa mendapat ujian berat yang membolehkannya menginsafi diri dan takut pada Allah.
“Kalau Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya, maka akan disegerakan hu kumannya di dunia, kalau mengkehendaki kepada hambaNya keburukan, maka ditahan (sik sanya) kerana dosanya sampai penuh nanti di hari kiamat.” [Hadits Riwayat Tirmizi, 2396]
Keempat, banyak melakukan mak siat dan kerosakan, terutamanya mak siat dan perkara-perkara mungkar yang terang-terang tanpa malu dan segan. Merasakan mak siat itu perkara biasa adalah tanda dib3enci oleh Allah.
Kelima, orang yang sombong (takabbur). Sifat takabur akan membuat seseorang selalu berkeinginan untuk menampakkan diri di hadapan orang lain sebagai orang yang lebih atau paling hebat dibanding orang lain sehingga orang lain sebagai orang lain tampak kecil di hadapannya.
Keenam, orang yang menentang ajaran Islam. Umar ibnu al-Khattab r.a berkata, “Kita dimuliakan Allah dengan Islam dan barangsiapa yang mencari kemuliaan selain dari Islam, maka dia akan dihinakan.” [Ibnu Abdil Birr dalam kitab Al-Mujalasah wa Jawahiril Ilmi, juz II, hlm 273]
Semoga kita terus berusaha melakukan amal perbuatan yang Allah suka. Apabila kita mempunyai kekuatan untuk mempertahankan agama Allah walau bagaimana sekalipun. Itulah kurniaan Allah kepada mereka yang Allah sayang kepada kita.
sumber: http://utaranews.com
Leave a Reply