Ketahuinya Segera 6 Jenis Isteri Perosak Rumah Tangga

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Ketahuinya Segera 6 Jenis Isteri Perosak Rumah Tangga

Anda mungkin sering membaca atau mendengar tentang makanan dan bahan ki mia tertentu yang diam-diam mengikis kesi hatan tu buh. Sama seperti makanan, ada kebiasan-kebiasaan tertentu yang juga sedikit demi sedikit menghan curkan perkahwinan anda. Semakin cepat anda dapat mengesan salah satu jenis-jenis isteri yang boleh merosakkan rumah tangga, kemungkinan besar hubu ngan anda tetap harmoni.

Berikut 6 jenis isteri perosak rumah tangga :

1. Tidak berusaha membantu suami

Dalam kes ini si isteri tidak berusaha untuk membantu suami menyelesaikan hal-hal seperti; anak-anak berkelahi, membeli barang dapur pun tidak pandai, jika diajak berbincang sering mengelak dengan menyerahkan semua perkara kepada suami. Hal ini boleh menyebabkan semangat dan motivasi suami merundum kerana kurang mendapat kerjasama daripada isteri yang sepatutnya bertindak sebagai penasihat jika diperlukan.

Kepada para isteri, jadilah isteri yang menyejukkan hati suami dan sentiasa menyokong usahanya tidak mengira kecil ataupun besar sesuatu yang diimpikan suami itu.

2. Suka berleter dan merungut

Apa sahaja yang dilakukan oleh suami, tidak kena di matanya. Ada sahaja yang tidak betul dan sering menceritakan perkara yang tidak baik sahaja tentang suaminya. Kadangkala leteran itu berpanjangan hingga 1 atau 2 jam. Jika begini sikap anda lebih baik berubah sekarang.

Wanita yang suka berleter tak tentu pasal memang menjadi perosak dalam institusi rumah tangga yang dibina. Sang suami sukakan persekitaran yang tenang dan damai di rumah kerana telah cukup tekanan yang diterima di tempat kerjanya.

3. Gi lakan kuasa

Isteri jenis ini dipanggil diktator. Segalanya hal ehwal dalam rumah tangga, membuat keputusan yang penting tentang suami dan anak-anaknya hanya dia yang ada hak membuat keputusan. Segalanya dibawah kawalan sang isteri seperti wang gaji suami, duit perbelanjaan dan kadang-kadang bertindak sebagai penyiasat persendirian yang ingin tahu apa yang dilakukan oleh suaminya di luar rumah, sehingga suami jadi tidak ada masa untuk diri sendiri.

Sikap isteri sebegini memang menjadi perosak rumah tangga kerana orang lelaki pun ada egonya masing-masing. Jika isteri berterusan gi la kuasa macam ini, suami dan anak-anak akan berasa rendah diri dan lemah untuk melakukan segala-galanya. Untuk membuat keputusan yang kecil pun mereka tidak berani!

4. Suka menyibuk

Jangan jadi seorang isteri yang suka menyibuk. Maksudnya, apabila suami anda mempunyai projek yang sedang dilaksanakan di pejabatnya, biarlah dia menyelesaikannya dengan caara sendiri. Tidak perlu mengampu bos suami untuk mempercepatkan kenaikan pangkat suami ataupun memberikan projek yang bernilai tinggi.

Orang lelaki tidak suka wanita atau isteri mencampuri urusan kerja yang tiada kena mengena dengan sang isteri. Lain halnya jika suami meminta pendapat kita, barulah kita berikan pandangan dan buah fikiran yang diperlukan.

5. Tidak pandai berjimat

Wanita yang tidak pandai berjimat juga tidak disukai suami. Sementelah suami hanya berpendapatan sederhana, jadi memang patut dia berjimat cermat. Apatah lagi jika hanya suami seorang yang bekerja.

Jangan mudah terpengaruh dengan promosi di laman sesawang atau terikut-ikut gaya kawan wanita anda. Berbelanja mengikut kemampuan. Mungkin sekali-sekala jika suami mendapat bonus, bolehlah minta dia membelikan barangan yang kita mahukan.

6. Tabiat suka bersosi4l

Jika isteri suka bersosi4l ia menyebabkan sang suami tidak terurus. Jika telah penat bersosi4l mana sempat untuk menyiapkan kelengkapan suami kita untuk ke tempat kerja. Akhirnya imej suami juga yang terjejas di mata rakan-rakannya. Bila sudah bersosi4l tentu sedikit sebanyak kita akan membanding-bandingkan kemewahan suami rakan yang lain dengan suami kita.

Itu sebabnya isteri yang suka bersosial boleh menyebabkan rumah tangga porak-peranda. Isteri merasakan dia telah tersilap memilih pasa ngan sedangkan perkara seperti ini boleh dielakkan jika isteri tahu menjaga diri dan bertindak mengikut akal fikiran yang waras.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*