Ibu Sudah Tua di Kampung Temankan lah, Jangan Biarkan Seorang

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Ibu Sudah Tua di Kampung Temankan lah, Jangan Biarkan Seorang

Ibu bapa adalah orang yang paling berjasa didalam hidup kita. Mereka yang membesarkan kita semasa kecil Mereka yang paling bersusah payah untuk membesarkan anak-anak. Ada ibu bapa yang berjaya membesarkan sehingga berbelas anak-anak. Kesemuanya dapat membesar dengan sempurna.

Namun ketika hari tua, mereka sering ditinggalkan sendiri. Hidup mereka yang dulunya riuh rendah dengan telatah anak-anak, kini menjadi sepi. Termenung ibu bapa di muka pintu setiap hari. Menunggu kepulangan anak. Tapi tiada yang peduli. Ingatlah anak-anak sekalian, walaupun mulut mereka kata, “ibu tak kisah duduk seorang” tetapi dalam hati mereka siapalah yang tahu. Jagalah mereka. Temankanlah mereka. Besar ganjarannya.

IBU SUDAH TUA, JANGAN BIARKAN DIA SENDIRI

Hari ini keluar pergi bazar Ramadhan. Isteri mahu beli kuih muih. Terkeluar cerita guru di sekolahnya yang baru balik dari umrah.

Guru itu bercerita,

“Kali ini Allah mahu uji saya. Kenapa?

Saya tinggal sebilik dengan wanita usia 70an. Ke mana sahaja mahu pergi, perlukan teman. Kita yang tiada kena mengena terpaksa bantu wanita itu.”

“Anak-anaknya tidak temankan dia?”

Tanya guru lain yang dengar ceritanya.

“Kemudian, cucunya siap kirim supaya nenek belikan jubah jenama sekian-sekian. Terpaksalah saya dan kawan bantu mencari barang-barang dikehendakinya.”

Sahabat subahat,

Jangan biarkan ibu sendirian. Dia perlukan teman apabila usianya mencecah 70 tahun. Walaupun dia wanita besi menjaga berbelas anak-anaknya. Dia tetap perlukan seseorang di sampingnya.

Walaupun kita mampu sponsor pakej umrah premium setiap tahun, temanilah ibu di sana. Dia lubuk pahala buat anak-anak.

Berbakti kepada ibu bapa ibarat menangkap ikan dengan pukat tunda. Segala mak nenek binatang masuk ke dalamnya. Pahala berganda-ganda, hidup bahagia aman sentosa.

Membahagiakan ibu bukan dengan membelanjanya dengan pelbagai kemewahan. Cukuplah membawanya ke mana-mana yang dia suka. Walaupun di pondok durian di dusunnya. Walaupun menziarahi rakan sekolah lamanya.

Seorang ibu yang baik tidak akan meminta-minta. Dia mahu kita memahami apa yang dia rasa.

Dekati rakan sahabat handainya. Kita akan tahu siapa ibu sebenarnya di luar pandangan kita. Saya tidak kesampaian untuk melakukan hal itu. Saya hanya sempat 5 tahun sahaja. Suaranya saya hampir lupa.

Mohon jangan biarkan ibu sendirian.

BESAR PAHALA JAGA IBU.

SAUDARA PENGARANG, SAYA terpanggil untuk memberi pandangan dalam ruangan Forum ini tentang kemuliaan seseorang yang menjaga ibu atau bapanya. Secara jujurnya saya mengakui tugas menjaga ibu bapa yang meniti usia tua amat mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi jika mereka jatuh sa kit.

Namun yakinlah mereka lubuk pahala buat kita semua. Sehubungan itu saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada anak-anak yang sanggup berkor b4n masa dan tenaga semata-mata mahu menjaga ibu bapa mereka yang berada dalam keadaan ini.

Saya mempunyai seorang sahabat yang sanggup berhenti kerja semata-mata mahu menjaga ibunya yang sedang sa kit sehinggalah ibunya itu mening gal dunia. Alangkah mulianya sahabat saya ini. Beliau menjaga ibunya hampir dua tahun dengan penuh kasih sayang.

Selama ibunya sa kit, sahabat saya ini yang memandikan ibunya, membasuh kotoran ibunya, menyiapkan ibunya dengan pakaian yang cantik-cantik, memasak dan menyuapkan ibunya makanan. Ringkasnya, sepanjang dua tahun ini dia berkhidmat sepenuhnya untuk ibunya. Alangkah bertuahnya dia apabila dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi anak yang soleh.

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menjadi perang sang kepada kita untuk menjadi anak yang soleh.

ABI MAN,Kuala Lumpur.

Sumber: Utusan / tzkrh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*