Tak Nak Ikan Yang Dimasak Terasa Hanyir, Jangan Lupa Buat 5 Petua Ni

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Tak Nak Ikan Yang Dimasak Terasa Hanyir, Jangan Lupa Buat 5 Petua Ni

Menjamah ikan bersama nasi memang enak. Namun bila ikan yang dimakan mempunyai rasa yang terlalu ‘kuat’ seperti ikan talapia, keli, patin, dan sebagainya tentu akan membuatkan seseorang boleh terbantut seleranya.

Tambahan pula jika silap cara basuhannya, menambahkan lagi rasa yang tidak digemari. Oleh itu, ketahui dulu 5 petua yang perlu buat setipa kali ingin menghilangkan bau ikan dan sekali gus menjadikan masakan menjadi lebih enak dan sempurna.

Jom semak!

1. GARAM

Setelah ikan siap disiang dibuang perut, ambil beberapa sudu garam kasar dan gaulkan pada ikan. Teknik ini memang berkesan untuk mengurangkan bau, mema tikan ku man dan menghilangkan lendir. Setelah itu boleh dicuci bersih dibawah air yang mengalir.

2. ASAM JAWA

Lumurkan asam jawa pada ikan yang telah siap dibersihkan, terutamanya jika mencuci ikan keli. Bila menggunakan asam jawa, lendir yang ada pada ikan keli akan hilang dan bau hanyir turut tiada.

3. LIMAU

Sama ada limau nipis, limau purut mahupun lemon boleh digunakan untuk mencuci ikan agar hilang bau. Caranya mudah, potong limau tersebut dan kemudian gososkkan limau yang telah dipotong tadi ke bahagian semua ikan sehingga rata. Lakukan beberapa kali sebelum dicuci bersih.

4. CUKA MAKANAN

Selalunya teknik ini akan digunakan jika lendir pada ikan agak susah dihilangkan selepas dicuci berulangkali contohnya seperti ikan air tawar. Teknik ini tidak memerlukan perapan yang lama. Hanya bilas ikan dengan sekali lalu dengan cuka makanan.

5. TEPUNG GANDUM

Tabukrakn tepung pada bahagian ikan dan lumurkan hingga rata. Cara ini bukan sahaja dapat menghilangkan bau hanyir ikan malah boleh menghilangkan lendir ikan dengan mudah. Ini menjadikan ikan yang dicuci lebih bersih.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Keluarga

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*