Tanda-tanda Rahim Tak Sihat, Jangan Biar Sampai Peranakan Jatuh
Kaum wanita jangan sesekali ambil mudah kalau merasai tanda-tanda ini. Kerana sikap tidak prihatin mungkin akan menyebabkan anda mengalami masalah rahim yang serius seperti prolaps atau rahim jatuh.
Jika sudah sampai ke peringkat ini rahim mengambil masa untuk kembali pulih malah jika sudah pulih pun ia mungkin sudah tidak kuat seperti dulu.
Perhatikan 9 tanda-tanda rahim tidak sihat perkongsian dari pengusaha jamu, Nurul Diyana Kamaludin.
1. Sakit Tumit
Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.
2. Sakit Telapak Kaki
Rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.
3. Sakit Pinggang
Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan pung gung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ini lebih kurang seperti lenguh dan rasa senggugut tapi ia berlaku di luar waktu datang bulan.
Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.
5. Kerap Ken cing atau ken cing tak lawas
Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga dijang kiti dengan penyakit ken cing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.
6. Sakit Ketika Hubu ngan kela min
Sukar melakukan hubu ngan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ar1-ar1 setiap kali bersetu buh. Perkara ini juga boleh merosakkan hubu ngan suami isteri.
7. Kentut V4gi na
Sering mengalami kentut v4gi na. Maknanya, rahim bermasalah dan v4gi na kembang.
8. Selalu Kembung Perut
Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.
9. Sentiasa Basah
V4gi na berair dan berb4u. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.
Cara Merawat Rahim (peranakan) Jatuh
Peranakan jatuh boleh terjadi kepada wanita selepas bersalin yang tidak mengikut pantang larang terutamanya apabila membuat kerja yang agak berat semasa dalam pantang.
Melalui rawatan jamu, rahim dikecutkan dengan meminum ramuan berikut:
Air rebusan dengan bahan-bahan seperti kayu sepang, kayu kederang, kulit kayu serapat, manjakani, pati kunyit dan air perahan daun inai perlu disediakan dan di minum.
Apabila peranakan sudah kecut, bolehlah diurut dan disengkak untuk memasukkannya kembali. Wanita yang jatuh peranakan mesti berpantang seperti wanita selepas bersa lin.
Sentiasa displinkan diri sepanjang tempoh merawat peranakan jatuh ini. Amatlah penting untuk mengikut segala prosedur mahupun larangan yang dimaklumkan. Insya-Allah masalah ini akan selesai dan tidak memberi kesan besar dalam hidup anda lagi.
Pantang
- Elakkan daripada minum ais dan makanan sejuk
- Elakkan diri dari penyaman udara dan kipas angin dari terkena kaki. Pakai stokin
- Elakkan mengangkat barang berat
- Elakkan bersama buat sementara waktu
Amalkan
- Ambil herba untuk memanaskan rahim
- Buat senaman kagel
- Buat senaman seperti “Anda baring tetapi kaki dan pung gung sandarkan kepada diding, angkat pung gung beberapa kali”
- Bertungku. Bagus untuk melancarkan da rah & mengecutkan rahim yang kembang.
VIDEO:
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: Diari Dunia
Leave a Reply