Kisah Laluan Menaakutkan Jalan Felda Aring – Kuala Berang

Kisah Laluan Menaakutkan Jalan Felda Aring – Kuala Berang

Kisah laluan menakutkan sepanjang perjalanan di Felda Aring hari jumaat lepas pada waktu malam.. Post nie bukan utk menakutkan sesiapa.. Tapi berhati2lah.. Fikir dulu sebelom membuat keputusan..

Selepas turun dari Cameron Highlands ingat nak singgah ke Kota Bharu untuk makan Nasi Khou Mok.. Tapi last minit isteri batalkan dan buat keputusan untuk balik terus ke rumah..

Bukak maps masukkan alamat rumah.. Lepas tu jalan laa dgn hati yg gembira.. Rasanya turun dari Cameron jam 5 petang lebih kot.. Pastu lalu laa disepanjang jalan tu dgn pemandangan bukit dan hutan2..

Pastu sampai Gua Musang jam 8 malam berhenti kejap isi perut.. Perjalanan diteruskan tanpa mengetahui selok belok jalan yg maps tunjuk tu sebab first time lalu.. Nampaklah signboard Ke Tasik Kenyir dan Kuala Berang..

Masuk jer jalan tu mula2 okey lagi laa.. Bila suku perjalanan dah rasa pelik.. Gelap ! Mmg gelap wei.. Aku sndiri xtau apa yg ada disebalah kanan dan kiri.. Just tengok depan jer.. Nak jumpa kereta lalu lalang mmg xder laa..

Malam tu mmg kabus tebal yg amat.. Lepas tu ada nampak Lori Treler dengan Hilux.. Lega skit.. Bila hilux potong aku terus follow.. Gi la nak ikut lori bawak 40km/h.. Xsemena2 hilux tuh pecut.. Adoiii.. Jadi aku perlahankan kereta sebab gelap.. Aku berpandukan garisan putih jer kat tengah2 jalan tu.. Ada jugak jalan yg xder garisan tu.. Jd aku fokus dgn laluan sambil mendapkan muka kat cermin.. Wakaka..

Mase tu Amirul Mukminin belom tidor.. Bayangkan dia bagitau ‘biey fani main nge atu’.. ‘Fani atu’.. Berdiri bulu roma aku.. Aku harap isteri aku xdengar.. Yes.. Mmg dye xdengar sbb mungkin dia tengah berdoa kot maser tuh.. Jadi aku suruh Mukminin cepat2 tidor.. Ada jugak aku nak tgok ke belakang (tengok fani) tapi mmg aku xberani buat.. Sebab terlalu gelap dan hilang fokus..

Dan ketika inilah detik2 menye ramkan berlaku.. Aku ternampak biasan muka orang kat cermin pandang belakang.. Mengucap panjang aku.. Tengah2 drive aku pikir, xakan mirul.. Sebab dah tidor.. Cahaya apa yg membuatkan aku nampak bayangan tu.. Kereta xder lalu.. Bulan mmg xder laa..

Jadi aku tengok isteri, dia diam membi su.. Masee nie aku dah tau dia takot.. Jadi aku cuba sapa dia.. Fuhh.. Nasib baik dia okey lagi.. Kalau salah jeling mmg aku kasi penampar laa.. Hahaha.. Jadi aku cuba bersembang..

Sampai satu tempat tu, kabus makin tebal.. Beberapa kali aku nampak bayangan seperti ‘orang’.. Aku xtau nak gambarkan mcm mana.. Jadi aku kuatkan diri aku dgn zikir dan surah Kursi.. Sepanjang jalan aku ‘ternampak..

Bayangkan dalam gelap aku masih lagi nampak bayangan hitam setinggi pokok kelapa.. Bulu roma aku sntiasa menegak.. Mmg aku betul2 nampak.. Jadi aku tau tu ‘h4ntu raya’.. Aku berdoa supaya kerera aku tidak diikuti walaupown aku tau ada yg terus ikut..

Lepas tu aku perasan aku tiba di laluan pokok sawit kot.. Sekali lagi kat sini aku nampak sesuatu diatas pokok yg seakan ingin terbang.. Sumpah aku xtipu.. Jadi aku tersentak tekan brek tapi aku cover lubang takot isteri aku tau..

Disatu selekoh tu, aku hampir terba bas kerana laluan seakan sebelah kanan tapi sebelah kiri.. Allahu.. Allah lindungi kami sekeluarga.. Mase nie jantung aku berdegup kencang.. Tapi isteri masih xperasan..

Dalam masa yg sama aku fikir aku kena kuat.. Demi isteri dan anak2.. Kalau aku tau, mmg sumpah aku xlalu jalan nie.. Sampai satu tempat tu aku ternampak pondok pengawal.. Ingat nak berhenti nak suruh temankan tapi aku xberani kawasan sunyi dan gelap takot2 jadi perkara lain..

Lepas tu aku perasaan kat maps tepi jalan tuh mcm ada kawasan berair.. Jadi aku rasa pelik.. Xkan air kot.. Aku cuba dekatkan muka kat cermin rupanya2 kawasan berbukit.. Adoiiiii.. Maser nie mmg aku memandu tengah2 jalan berpandukan garisan putih.. Menakutkan..

Laluan berlubang menambahkan lagi ketakutan dlm diri aku.. Mmg besar lubang tu.. Mmg jaha nam laa.. Setiap kali terlanggar aku tersentak.. Nasib baik tayar semua okey..

Isteri aku pulak ternampak ada sesuatu bertengek ditepi jalan dari jauh.. Tapi bila lalu, isteri aku langsung xpandang.. Sepanjang jalan seperti diperhatikan.. Bayangan pokok seperti orang.. Garisan putih ternampak seperti sosok tubuh seorang perempuan berambut panjang..

Kau agak2 apa perasaan aku pada malam tu..?? Rasa menyesal seumur hidup.. Sumpah aku xkan lalu lagi.. Nie isteri tiba2 demam bila bercakap mengenai kejadian pada malam tu..

Alhamdulillah.. Kami semua selamat dgn izin Allah.. Kereta pown xmeragam sepanjang laluan menakutkan tu.. Kalaulah kereta buat hal aku xtau laa..

Esokkan tanya kawan2 pasal Jalan tu.. Dyeorg cakap ‘berani kau lalu situ malam2’.. Dah laa ada gajah.. Allahu.. Sekali lagi aku bersyukur pada Allah..

Perjalanan 2jam lebih yg menakutkan akan diingati sepanjang hayat aku hidup..

Semua yg diceritakan berdasarkan apa yg aku dan isteri nampak.. Tiada satu ayat p0wn ditokok tambah.. Jadi berhati2lah semua.. Kalau dah target masa situ sampai malam, elok berehat saje di Gua Musang..

Kredit: osasuke

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*