Surah Al-Insyirah Eratkan Kasih Sayang Keluarga Buat Beberapa Kali Dan Hembus Dalam Nasi

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Surah Al-Insyirah Eratkan Kasih Sayang Keluarga Buat Beberapa Kali Dan Hembus Dalam Nasi

Beras adalah makanan utama yang kita berikan pada keluarga. Namun, adakah ramai yang tahu bahawa terdapat ‘rahsia’ dalam rutin harian membasuh beras?

Jom, ikuti tip paling mudah untuk diamalkan hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Semasa basuh beras, bacalah selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.

Bila anda sudah masukkan air untuk sukatan bacalah:

  1. Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.
  2. Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.
  3. Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Ini pesanan yang saya baru dapat dari seorang ustazah di sekolah tahfiz anak saya. Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.
  4. Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem- Beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini untuk menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

Buatlah puan-puan, InsyaAllah dengan beristiqamah kepada satu amalan, akan memberi kekuatan untuk beramal dengan amalan yang lain. Wallahua’lam.

Sumber : Tasnim via islam itu indah

Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Akak Pesan.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*