Doa Dan Penawar Melembutkan Hati Anak Dan Agar Anak Jadi Cerdik

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Doa Dan Penawar Melembutkan Hati Anak Dan Agar Anak Jadi Cerdik

Sebagai ibu bapa yang mahukan anak yang bijak, aktif dan soleh, ada pelbagai cara psikologi boleh dilakukan bagi menjadikan anak anda seperti yang anda ingini. Insyaa allah…

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah, selain daripada mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak menghadapi anak yang degil, anda boleh juga amalkan doa di bawah. Doa yang lazim diamalkan oleh ibu-ibu ketika memasak di dapur…

Doa Melembutkan Hati Anak Yang Degil

Doa melembutkan hati anak yang degil dalam rumi:

Allahulathiifum bi’ibaadihii, yarzuqumayyasak’ wahuwal qawiyyul ‘aziiz…

Maksudnya:

Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) terhadap hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah As-Syuraa, Ayat: 19)

Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah. Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.

Selamat mencuba. Kita berdoa dan berusaha dengan cara yang baik, insyaa Allah doa kita akan dimakbulkan. Teruskan berusaha untuk membina keluarga cemerlang.

Sumber: islamituindah

Share ilmu ini utk peringatan semua.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Selamat Beramal.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*