Tak Sampai RM20 Pun, Tutup Ruang Bawah Singki Dengan Langsir DIY Buat Dapur Anda Terus Nampak Cantik Dan Kemas

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tak Sampai RM20 Pun, Tutup Ruang Bawah Singki Dengan Langsir DIY Buat Dapur Anda Terus Nampak Cantik Dan Kemas

Kalau dah nama wanita pasti ramai yang nak dapur cantik dan tersusun. Mungkin ada di antara kita terlepas pandang akan kebersihan dan kemasan dapur sedangkan ramai saudara atau rakan yang datang terutamanya perempuan mereka akan terus ke dapur mencari apa yang menarik atau pun dijadikan port paling cun untuk berborak-borak.

Jadi, dapur juga perlulah dikemas, apa yang penting hanya tutup kawasan yang buat mata tidak sedap pandang seperti ruang menyimpan barang di bawah dapur, singki dan para. Beberapa keping gambar telah dikongsikan oleh Puan Ayza Nur bagaimana untuk mencantikkan dapur dengan hanya mengubahsuai ‘shower curtain’ DIY dan hasilnya amat menakjubkan.

Keadaan dapur sebelum dimasukkan Curtain Penutup Concrete Base Dapur DIY.

Bahan-bahan:

  • Shower curtain (2pcs x RM 14. 90)
  • Curtain bar (4 pcs × RM 3. 30)
  • Hook sticker (2 pkt × RM 1. 30)
  • Semua saya beli kat MR DIY

Cara-caranya:

  1. Kabinet umah sewa saya nie panjang, jadi saya beli 2 keping curtain tu
  2. ukur sampai labuh mana nak dan kemudiannya potong
  3. Curtain ni masa beli siap ring tu sekali tau, rod tu saya beli 4 batang, rod tu boleh adjust pnjangnya,
  4. Nak lekatkan guna hook yang boleh lekat kat marmar tu yang macam kita lekat tempat sabun dalam bilik mandi tu.
  5. Dah lekatkan hook tu masukkan rod tadi dalam ring curtain tu dan kemudian tekan kuat-kuat sikit bagi hook tu melekat kuat. Hasilnya.

Cantikkan? nampak kemas terus, hilang cacat tadi dengan hanya tutup jer dengan langsir, jom tengok hasil mereka yang dah cuba.

Ramai dah mencubakan, jadi tak salah giliran kita sendiri pula untuk pastikan dapur rumah kita cantik dan kemas. Apa yang paling penting kita boleh tukar macam-macam warna kegemaran.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Akak Pesan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*