Rebusan Air Manggis Banyak Manfaat Untuk Wanita

Rebusan Air Manggis Banyak Manfaat Untuk Wanita

Kebiasaannya ramai yang anggap buah manggis hanya untuk isinya sahaja. Isi yang sedap manis enak untuk kita makan. Namun banyak manfaat dari daunnya juga. Apa istimewanya minum air rebusan daun manggis?

Sebenarnya banyak petua dan cara rawatan alternatif yang boleh diamalkan dalam usaha menyembuhkan penykit yang dialami. Ini diakui sendiri oleh Puan Zuriaty apabila melihat perubahan yang positif pada tahap kesihatan suaminya setelah mengamalkan minum air rebusan tersebut.

“Buah Manggis bukan saja enak dimakan tapi rupanya daun manggis ni banyak khasiatnya. Ini antara amalam suami saya sejak beberapa bulan yang lalu dan Alhamdulillah kencing m4nis ,kolest3rol dan sengal sengal badan semakin ada peningkatannya. Jadi saya nak kongsi dengan kawan kawan semua semoga memberi manfaat. Insyallah”–Zuriaty Hj Musa

Cara penyediaan air rebusan daun manggis

1. Bahan-bahan:

  • 10 helai daun manggis
  • 4 gelas air
  • Periuk tanah

2. Cara caranya

  • Daun manggis direndam selama 10 minit dalam air garam.
  • Carik carikkan daun manggis, lagi halus lagi bagus.

3. Masukkan 4 gelas air di dalam periuk

4. Masukkan semua daun manggis tadi yang telah direndam air garam.

5. Renehkan di atas api yang sangat perlahan. Reneh sehingga air tadi jadi separuh.

6. Reneh sehingga airnya bertukar menjadi kemerah-merahan. Kemudian tunggu sejuk barulah ditapis. Buang daunnya. Airnya disimpan dalam bekas dan simpan di dalam peti air untuk mengelakkan dari rasa masam

Ekstra info :

  • Setiap pagi minum suku cawan
  • Hangatkan terlebih dahulu
  • Minum 1 gelas air suam
  • 15 minit kemudian barulah sarapan pagi

Semoga perkongsian ini dapat mengurangkan apa yang telah berlaku. Kita hanya mampu merancang selebihnya kita berdoa kepada Allah. Semoga pembaca akak pesan dapat ilmu yang berguna.

Jika anda suka artikel ini sila komen, like dan share.

Terima kasih baca di akak pesan.

Sumber: bicaramingguan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*