Biasakan Diri Dengan Amalan Surah Al-Insan Selepas Solat
Surah Al-Insan ini jika dibaca selalu, dapat menenangkan hati dan menguatkan jiwa kita, percaya dan yakinlah kerana ALLAH. Bagi memudahkan ingatan atau bacaan seseorang yang kurang faham dan ingatannya. Surah ini banyak khasiatnya dan kebaikkannya, anda tidak perlu khuatir dengan janji ALLAH s.w.t. Barangsiapa yang amalkan insyaAllah akan dapat balasan syurga.
Rasulullah pernah bersabda
“Barangsiapa membaca surah Al-Insan (dengan penuh ikhlas dan Khusyu’), maka balasannya ialah syurga Harir”. Sudah nampakkan balasannya barang siapa amalkan Surah Al-Insan ini sebanyak 7 kali selepas solat 5 waktu.
Anda tulis ayat ini di dalam satu bekas atau mangkuk, sapukan dengan air dan diberi minum, InsyaAllah kerana Allah kita akan ingat dan tidak mudah lupa. Banyakkan kelebihannya.
Manfaat Surah Al-Insan Ayat 1-2:
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? ( Al-Insaan 76:1 )
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air ma ni yang bercampur (dari pati be nih le laki dan perem puan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. ( Al-Insaan 76:2 )
Surah Al-Insan ini jika ditulis pada kulit kibasy atau binatang-binatang kor-ban yang disem-belih pada hari raya kor-ban dengan menggunakan dakwat ataupun pen orang-orang alim.
Kemudian dilipat tulisan tersebut dan dititikkan lilin supaya tidak dibasahi air. Bawalah ia kemana saja, insyaAllah menjadi pendinding dari segala ba-la dan gangguan jin dan manusia.
Jika anda seorang muslim, amalkan surah ini, iaitu surah Al-insan, selepas solat lima waktu. Anda amalakan surah Al-Insan ini sebanyak 7 kali, besar ganjaranya. Tidak ternilai kebaikan yang anda akan dapat nanti.
Sumber : DD
Jika sukakan artikal ini jangan lupa share like dan komen artikal di fb Akak pesan. Terima kasih.
Leave a Reply