SubhanAllahi Wabihamdi Penarik Rezeki Diawal Pagi
Manusia di dalam hidup mereka akan ada kerisauan tertentu. Dan kerisauan yang paling menghantui mereka adalah berkaitan rezeki. Apabila kita tersedar dari tidur apa yang kita fikirkan? Ya rezeki. Apabila kita berbual dengan orang sekeliling kita maka tajuk yang banyak menggambil tempat dalam perbualan tersebut adalah berkaitan rezeki.
“hang kerja dimana?”, “tender projek kat sana baik harganye”, “tengah hari ni nak makan apa?” dan pelbagai lagi tajuk perbualan yang mana ia sebenarnya menunjukkan kerisawan kita terhadap rezeki.
Jika kita menilai kembali dalam hal ini maka kita dapati ia memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan insan.
Hakikatnya, perihal rezeki telah mengubah manusia dalam banyak perkara, perbuatannya, percakapan, malah ia boleh mengubah akidah mereka. Berikut zikir yang boleh membuatkan rezeki datang kepada kita
1. Memperbanyak selawat ke atas Nabi
Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
2. Melazimkan beristighfar
Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga. (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
3. Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah
Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani)
4. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul MubinMaksud:
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa ta kut dalam ku bur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
5. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim
Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.
Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
6. Amalkan membaca doa murah rezeki ini:
Ya Allah,
- Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
- Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami
Ya Allah,
- Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
- Jika ada di bumi maka keluarkanlah
- Jika jauh maka dekatkanlah
- Jika dekat maka mudahkanlah
- Jika sedikit maka banyakkanlah
- Jika banyak maka berkatilah
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.
Ya Allah,
- Kabulkanlah doa kami
- Amin Ya Robbal ‘Alamin
6. Membaca Surah Al-Ikhlas
Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. (HR. At-Tabrani)
FirmanNya dalam surah Adz-Dzaariyaat ayat 22:
Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.”
Jika kita mengetahui hakikat ini maka kita akan lebih tenang dalam hal rezeki kerana mereka tahu Allah SWT itu Al-Rahman dan Ar-Rahim terhadap hambaNya.
Tetapi jika mereka tidak mempercayai urusan rezeki itu adalah dari Allah SWT maka kita melihat berapa ramai yang sanggup menjadikan dirinya hamba kepada orang lain dek kerana hal rezeki.
Kerana dia meyakini rezekinya itu terikat dengan orang-orang tertentu walhal dia lupa bahawasanya rezeki yang orang-orang yang dia harapkan itu juga hadir daripada Allah SWT.
Bahawasanya hal rezeki ini telah menjadikan manusia itu sempit jiwanya kerana takut kepada manusia yang lain.
Jika sukakan artikal ini jangan lupa share like dan komen artikal di fb Akak pesan. Terima kasih.
Leave a Reply