Sikap Yang Kecil Tetapi Dipandang Tinggi Oleh Allah

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Sikap Yang Kecil Tetapi Dipandang Tinggi Oleh Allah

Imam al-Ghazali berkata, ketika hamba diberi kurniaan usia yang panjang untuk bertaubat atas segala dosa dan khilafnya, ada juga yang tetap melakukan dosa. Diriwayatkan, Allah SWT malu untuk menyeksa hamba yang lalai dengan dosa, tetapi manusia tidak malu melanggar perintah-Nya.

Sifat Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sentiasa memberi rahmat kepada setiap hamba.

Malah, seorang mukmin yang masuk ke syurga bukan kerana amalan yang sempurna tetapi rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya.

Sebagai hamba yang sangat fakir dan sentiasa berhutang dengan Allah SWT, jangan sesekali mengurangi amalan supaya kelak kita dapat menghuni syurga Allah SWT di tingkat paling tinggi.

Setiap hamba pasti mendambakan untuk menghuni syurga Allah SWT. Apa yang pasti, syurga Allah SWT bukan murah, nilainya cukup tinggi dan mahal. Seorang mukmin yang mahu menghuni syurga Allah SWT perlu memenuhi keperluan dari sudut amalan, keikhlasan, akhlak dan ketaatan terhadap perintah-Nya.

Semua dicatat akan dihitung

Setiap perbuatan di dunia dirakam oleh malaikat, oleh itu, jangan sesekali memandang remeh dosa dan perbuatan yang boleh memberi pahala.

Jangan sesekali memandang remeh kederhakaan dan memandang ringan ketaatan.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya jika seorang hamba mengucapkan satu kalimat yang mengundang kemurkaan Allah SWT, namun dia menganggap ringan dan kerana perkataan itu, dia dicampak ke neraka.”

Setiap kebaikan dan kejahatan semuanya akan dicatat dan dihitung di hari akhirat kelak. Ada seorang lelaki dikurniakan syurga oleh Allah SWT hanya kerana membuang duri di tepi jalan. Sikap itu hanya kebaikan yang kecil tetapi dipandang tinggi Allah SWT.

Amalan yang dicatat malaikat akan dipertontonkan dan dihisab oleh Allah SWT. Jangan nanti di akhirat kita menyesal terhadap sekecil-kecil dosa. Hendaklah sentiasa beringat dalam setiap tindakan kerana kelak kita akan dipertanggungjawabkan terhadap semua yang dilakukan.

Apa kata selepas ini kita cuba istighfar setiap hari. Mudah-mudahan dosa kita akan diangkat ke langit dan akan terbukalan jalan-jalan yang akan memudahkan urusan yang tertangguh.

Usah sombong untuk beristighfar kerana ALLAH SWT sedang menguji dan menilai siapakah yang menjadi tempat kita bergantung pada saat kita diuji.

Akak Pesan : Perbanyakkan zikir dan solat dan jaga mulut dari bercakap tanpa faedah

Jika sukakan artikal ini jangan lupa share like dan komen artikal di fb Akak pesan. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*