
Cara Mengundang Rezeki Allah
Amalkan ayat kat bawah ni setiap kali sebelum nak minta rezeki. Terutamanya waktu doa mustajab. Waktu sujud, antara azan dan iqamat, waktu berbuka puasa
Baca ni,
اِنَّ اللهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِين
Ya Razzaq, (Wahai Allah maha pemberi rezeki yang tak pernah putus-putus)
Zulquwwatil matin (Allah sebaik-baik tempat bersandar)
Urzuqni (Kurniakanlah aku rezeki bertambah)
Lepas baca ni baru minta hajat kita. .
Dan amalkan juga selepas solat subuh sebanyak 27 kali selama 40 hari
اِنَّ اللهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِين
Innallâha huwar Razzâqu dzul quwwatil matîn
Syeikh Muhammad An Najafi amalkan amalan ni dan mendapat harta yang melimpah ruah sebelum 40 hari.
Rezeki Pemberian Dari Allah
Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan. Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan. Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.
Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja. Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang-orang yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit! Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya. Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.
Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA. Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka. Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain.
Tiap titik keringatnya penuh pahala. Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.
Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap terus kepada Penciptanya. Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat. Ada yang mengundang rezeki dengan cara menanam pokok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.
Rezekimu bukan dari bosmu atau pelangganmu.
Tapi dari Allah swt.
Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.
Banyak cara untuk mengundang rezeki… Buat kebaikan apa sahaja.. Mampu mengundang rezeki yang tak disangka… Dan ubahlah persepsi bahawa rezeki itu bukan duit dan kekayaan semata-mata… Banyak lagi rezeki Allah yang sering dan jarang kita syukuri.
Leave a Reply