Kunci Rumahtangga Ceria Selalu Dengan Amalan Surah Yusuf
Selamat petang kepada para pembaca akak pesan sekalian. Akak pesan harap para pembaca semua berada dalam keadaan sihat dan bahagia bersama keluarga yang tersayang. Kali ini akak pesan nak huraikan sedikit tentang mengecapi keluarga bahagia dengan amalan Suruh Yusuf seawal pagi sewaktu subuh.
Kunci Rumah Tangga Bahagia, Bagus Juga Diamalkan Ketika..
1. Baca setiap kali selepas solat subuh 3 kali baca atau lebih.
2. Setiap kali bersua atau semasa suami isteri tidur, bacalah kedua ayat di bawah. Amalkan setiap hari tidak perlu membaca dengan kuat memadailah dengan hanya membaca dalam hati.
3. Boleh juga diberi dalam minuman pada suami atau isteri. Baca ayat di bawah sebanyak 7 kali dan selawat 7 kali. In shaa Allah hubungan suami isteri tambah intim.
4. Amalkan membaca ayat di atas semasa hendak temuduga kerja, in shaa Allah akan dipermudahkan.
5. Jika dibaca setiap kali selepas solat sebanyak 3 kali, in shaa Allah akan dikasihi semua orang.
6. Doa ini juga baik diamalkan pada yang sukar dapat jodoh. Baca doa di atas sapu di muka 3 kali sebelum keluar rumah.
Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin berkongsi amalan untuk kebahagiaan rumah tangga.
2 Ayat Ini Digalakkan Dibaca Sebaik Selesai Solat Subuh
1. Surah Thaahaa, ayat 39
“Wa alqayka ‘alayka mahabbatan minnii walitushna a’laa ‘ainii”
Maksudnya:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yg datang dariku,dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku” (Thaahaa : 39)
2. Bacalah surah Yusuf, ayat 4 :
“idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada Asyara kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra Aituhum Lii Sajidin”
Maksudnya:
“Ingatlah ketika yusuf berkata kepada ayahnya.W ahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..”
In shaa Allah izin Allah akan bertemu jodoh yang anda cari.
Semoga kebahagiaan yang kita cari akan ditemui, in shaa Allah Aaamiin Ya Allah..
Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
Lepas dah tahu bahawa amalan ini juga dapat membantu kita dalam melengkapi lagi kehidupan berumahtangga menjadi lebih akrab akak pesan harap para pembaca dapat mengamalnya. Jadi dalam setiap apa yang berlaku dalam rumahtangga di harapkan bersabar menempuhnya.
Leave a Reply