10 Pantang Larang Bakal Pengantin Jangan Langgar

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

10 Pantang Larang Bakal Pengantin Jangan Langgar

Kali ini akak pesan nak memberi sedikit ilmu buat mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan tahun ini. Tak lama lagi musim cuti dah ramai akan dirikan rumah tangga. Jadi akak pesan kongsi sedikit kepada para pembaca.

Orang melayu lazimnya terkenal dengan pelbagai pantang larang, petua dan pesanan nenek moyang yang masih lagi digunakan sehingga kini. Ada sesetengah pantang larang tersebut dilihat masih relevan dan logik yang boleh diikuti sehingga ke anak cucu.

Pantang larang dengan masyarakat melayu berpisah tiada. Setiap apa yang dilakukan, pasti ada berkait rapat dengan pantang larang. Meskipun kini kehidupan lebih moden, namun pantang larang yang diwarisi dari nenek moyang turun temurun masih tetap diamalkan dan diyakini kesahihannya.

Menjelang hujung tahun, dimana kebiasaannya adalah waktu-waktu orang melangsungkan majlis perkahwinan, kami ingin berkongsi dengan anda antara pantang larang orang dulu-dulu buat bakal pengantin.

Pantang larang dilihat agak cliche di kalangan masyarakat kita pada masa kini. Maklumlah dunia semakin maju dan moden, ramai yang dah tak berapa percaya tentang pantang larang amalan turun temurun ni. Tetapi, sebenarnya pantang larang sebegini ada kebaikannya jika diikuti.

Jom kita tengok 10 pantang larang untuk bakal pengantin.

1. Jangan kerap keluar dengan pasangan

2. Jangan bebas keluar ke mana sahaja, kalau boleh, banyakkan duduk di rumah saja

3. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi

4. Elakkan tidur di rumah orang lain, takut terkena ilmu. Tapi sebenarnya untuk menjaga nama baik keluarga si bakal pengantin

5. Elakkan memakan ulam atau makanan yang berbau busuk

6. Kurangkan memakan makanan laut kerana dipercayai banyak toksid

7. Jangan makan kepala ayam kerana dikhuatiri akan mengantuk ketika majlis perkahwinan

8. Sebelum sah menjadi pengantin, elakkan daripada tidur di katil pengantin, kerana tidak manis

9. Jangan pandang cermin ketika disolek dan dihias oleh juru andam, takut jika hilang seri muka

10. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis perkahwinan berlangsung

Orang-orang tua dahulu selalu mengingatkan anak cucu mereka supaya tidak melanggar pantang larang. Bagi mereka, melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat. Pantang larang itu tidak salah, tetapi diingatkan agar janganlah berlebih-lebihan sehingga menyalahi agama pula. Dengar pesan akak ye.

Selamat mencuba!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*