Aircond Dah Buka Full Tapi Tak Sejuk Ini Caranya Filter Aircond Mungkin Perlu Dicuci

Aircond Dah Buka Full Tapi Tak Sejuk Ini Caranya Filter Aircond Mungkin Perlu Dicuci

Bayangkanlah anda memandu atau menjadi penumpang di dalam kenderaan pada jam 12 tengahari. Memang akan cukup menyksakan dengan kepanasan melampau.

Sekarang ni keadaan cuaca memang tak menentu adakalanya hujan lebat, ada hari yang panas terik. Jika panas terik dan ketika anda sedang memandu memang kalau boleh aircond tu kita buka full biar sejuk je duduk dalam kereta kan?

Dan dalam cuaca panas begini amatlah penting untuk kita mempunyai penghawa dingin kereta yang berfungsi dengan baik.

Aircond kereta anda sebenarnya mungkin tak rosak. Antara sebab mengapa ia tak sejuk adaah kerana filter sudah lama tak dibersihkan.

Seorang pengguna Fbk, Mohd Farhan Alias pernah membuat perkongsian cara DIY yang mudah untuk cuci filter Aircond. Perkongsian yang dilakukan ini adalah berdasarkan kereta Peroduan Myvi. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

1. BUKA BAHAGIAN GLOVE BOX

Kebiasaannya glove box ini terletak di hadapan bahagian penumpang hadapan di sebelah kiri. Buka dan tanggalkan dengan perlahan.

2. CARI PENUTUP FILTER AIRCOND

Selepas membuka glove box, cari penutup filter seperti gambar di atas. Terdapat klip penutup yang biasanya terletak di sebelah kanan. Buka klip tersebut.

3. BUKA PENUTUP

Selepas klip dan penutup dibuka tarik filter yang berwarna putih.

4. PERIKSA KONDISI FILTER

5. GUNA SABUN

Kondisi sebelum dan selepas filter direndam dalam air sabun.

Untuk bersihkan filter anda boleh gunakan sedikit sabun pakaian. Rendamkan filter yang kotor itu di dalam bekas.

6. CUCI DENGAN BERUS

Selepas sejam filter direndam anda boleh keluarkannya. Biasanya masih terdapat sedikit kotoran. Anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk mencucinya.

7. KERINGKAN

Sudah nak siap! Langkah terakhir anda perlu keringkan filter yang sudah dicuci. Boleh dikeringkan sama ada dijemur di bawah matahari atau menggunakan blower. Selepas kering anda boleh pasang semula.

Semoga perkongsian dari saudara Mohd Farhan Alias ini boleh membantu anda menjadikan penghawa dingin kereta berfungsi dengan baik. Bila dah buat secara DIY begini anda pun boleh berjimat!

Jika penghawa dingin masih tidak sejuk anda perlu bawa ke bengkel untuk buat pemeriksaan lanjut. Mungkin ada masalah kebocoran di bahagian tertentu telah berlaku. Dan yang paling penting lakukanlah servis penghawa dingin secara berkala.

Kredit: Mohd Farhan Alias

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*