Resipi Kek Pandan Gula Melaka Lembut & Wangi, Pasti Memikat!

Kek pandan gula melaka lembut dengan titisan karamel gula melaka di atasnya

Ingin buat kek pandan yang lembut, wangi, dan dihiasi gula melaka yang manis karamel? Resipi Kek Pandan Gula Melaka ini mudah diikuti dan pasti buat keluarga teruja setiap kali mencuba.

Bahan-Bahan Kek Pandan

  • 200g tepung gandum
  • 200g gula kastor
  • 125g unsalted butter
  • ½ sudu teh baking powder
  • 2 biji telur ayam gred A
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • 75g santan kotak pekat
  • 25g air
  • 2 sudu makan jus pandan
  • 2 titik pewarna hijau

Nota: Semua bahan bertanda (*) dicampurkan sekali.

Cara-Cara Membuat Kek Pandan

  1. Panaskan oven terlebih dahulu. Ayak tepung bersama baking powder sekurang-kurangnya dua kali.
  2. Pukul butter, esen vanilla dan garam sampai kembang menggunakan mixer tangan atau mesin.
  3. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga gebu, kemudian masukkan telur. Selepas itu, masukkan campuran (*) tadi.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit, kacau menggunakan senduk hingga sebati.
  5. Susun papercup dalam loyang dan masukkan ¾ adunan kek. Bakar pada suhu 160ºC selama 25 minit. Setelah masak, sejukkan.

Bahan Gula Melaka Buttercream Frosting

  • 50g gula melaka dihancurkan
  • 2 helai daun pandan
  • 1/8 cawan air
  • 3 biji putih telur
  • 110g gula kastor
  • 150g unsalted butter
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara Membuat Gula Melaka Buttercream

  1. Masak gula melaka, daun pandan dan air sehingga gula hancur. Sejukkan.
  2. Masukkan putih telur, gula dan garam ke dalam bekas, masak double boil sehingga gula hancur. Pukul adunan sehingga kental.
  3. Perlahankan mixer, campur butter sedikit demi sedikit hingga sebati. Masukkan campuran karamel gula melaka dan pukul sebati.
  4. Paipkan buttercream ke atas kek pandan. Titiskan 1/3 gula melaka karamel di atas permukaan untuk hiasan.

Resipi Kek Pandan Gula Melaka ini memang menarik, wangi, dan sedap. Gunakan unsalted butter untuk hasil terbaik, dan titiskan karamel gula melaka untuk sentuhan akhir yang cantik. Selamat mencuba!

Sumber: Eny Abdullah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*