Resepi nasi ayam roasted ini memang dijamin buat anda terliur! Ayam diperap dengan rempah, kemudian digoreng rangup di luar tapi kekal juicy di dalam. Dipadankan pula dengan nasi wangi berlemak, kuah kicap manis, kuah lada pedas dan sup panas beraroma – cukup sempurna!
Selalunya kita beli nasi ayam di kedai, kan? Tapi sebenarnya, kalau buat sendiri di rumah, bukan saja lebih jimat malah boleh ubah suai rasa ikut selera sendiri. Nak pedas lebih? Nak kuah pekat? Semua boleh!
Bahan-Bahan & Cara Buat Nasi Ayam Roasted
🍗 Bahan-Bahan Rebus Ayam:
- 1 ekor ayam
- 3 liter air
- 5 ulas bawang putih (diketuk)
- 5-6 hirisan halia
Cara Rebus Ayam:
- Basuh ayam sehingga bersih, letakkan dalam periuk bersama air.
- Rebus selama 20 minit dengan api perlahan.
- Masukkan bawang putih dan halia semasa merebus.
- Angkat ayam untuk diperap dan goreng. Simpan air rebusan untuk buat nasi dan sup.
🍚 Bahan-Bahan Nasi:
- 2 labu bawang putih
- 2 inci halia
- 2 sudu planta
- 1 batang serai
- 1 helai daun pandan
- 4 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
- 4 cawan air rebusan ayam
- 1 ½ sudu garam
- 1 sudu stok ayam
Cara Masak Nasi:
- Cairkan planta, tumis serai, daun pandan, serta pes halia & bawang putih kisar hingga wangi.
- Masukkan beras dalam periuk nasi, tuangkan air rebusan ayam, masukkan stok ayam dan garam.
- Masukkan pes tumisan dan masak seperti biasa.
🔥 Bahan-Bahan Perap Ayam Roasted:
- Ayam yang telah direbus
- 2 sudu bawang putih & halia kisar
- 2 sudu kicap cair
- 3 sudu kicap karamel
- 2 sudu kicap masin
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu madu
- 1 sudu minyak bijan
- 1 sudu gula
- 1 batang serai / sehelai daun pandan
Cara Masak Ayam Roasted:
- Perap ayam dengan semua bahan selama 1-2 jam.
- Panaskan minyak, goreng ayam bersama daun pandan selama 5 minit atau sehingga garing.
🍶 Bahan Kuah Kicap:
- 1½ senduk lebihan perapan ayam
- 2 senduk kicap masin
- 1 senduk gula
- 2 senduk air panas
- 1 sudu makan minyak bijan
Cara Buat Kuah Kicap:
- Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
🌶️ Bahan Kuah Lada:
- 5 biji cili besar
- Cili padi (ikut tahap kepedasan)
- 11 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 senduk air rebusan ayam
- 2 senduk cuka makan
- Sedikit garam
Cara Buat Kuah Lada:
- Kisar semua bahan, kemudian panaskan seketika atas dapur sebelum dihidang.
🍲 Bahan Kuah Sup:
- 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 3 hiris halia
Cara Buat Sup:
- Tumis bahan sampai naik bau, kemudian masukkan ke dalam air rebusan ayam dan reneh.
Cara Hidang Nasi Ayam Roasted
Susun nasi bersama ayam roasted yang telah digoreng, siram sedikit kuah kicap dan letakkan kuah lada di tepi. Hidang dengan sup panas serta sayur seperti salad, timun atau tomato. Memang lengkap!
Penutup
Resepi nasi ayam roasted ini sangat berbaloi untuk dicuba. Rasa ayamnya yang berperisa dan juicy, dipadankan pula dengan nasi wangi serta pelbagai jenis kuah – memang padu! Cubalah hujung minggu ini, pasti puas hati!Sumber: akakmasakmasak
Leave a Reply