Ramai yang request resepi #KekButterPremium versi lengkap, jadi kali ni saya kongsikan step-by-step cara buat kek butter yang gebu, moist & cantik. Tapi ada satu syarat ya – kena guna mixer! Jangan derhaka resepi, baru jadi sempurna.
Bahan-bahan (Cake Tin 6” atau 7”):
- 160gm butter SCS (salted creamy)
- 150gm gula castor
- 180gm tepung kek naik sendiri (Blue Key)
- 4 biji telur (saiz besar)
- 1 penutup esen vanila
- 1/4 cawan buttermilk
Cara buat buttermilk: Campur 1/4 cawan susu segar (Dutch Lady) dengan 1 sudu besar cuka makan. Biarkan seketika.
Cara Buat Kek Butter Gebu:
- Pukul butter guna mixer laju selama 15 minit sampai kembang. Kaut balik adunan, pukul lagi 5 minit.
- Masukkan gula castor, pukul lagi 15 minit hingga adunan gebu. Kaut semula dan pukul lagi 5 minit.
- Masukkan telur satu persatu, selang masa 1 minit setiap biji. Lepas tu, masukkan esen vanila dan pukul 10 minit.
- Tutup mixer. Ayak tepung, masukkan ke dalam adunan dan gaul guna senduk sahaja – jangan guna mixer!
- Masukkan buttermilk sikit-sikit sambil gaul. Adunan kena jadi kental (angkat senduk, adunan susah nak jatuh).
Teknik Bakar – Guna Waterbath
- Panaskan oven 150°C (10 minit).
- Lapik cake tin dengan baking paper.
- Tuang adunan sikit-sikit ke dalam tin dan hentak ringan untuk buang gelembung udara.
- Letak tin atas dulang berisi air panas (teknik waterbath). Bakar suhu 150°C, api atas bawah selama 60 minit.
- Kalau atas belum garing, naikkan suhu 170°C dan bakar lagi 30 minit.
Tip Akhir:
Lepas masak, bungkus kek dengan cling wrap dan simpan dalam peti 30 minit sebelum potong – potongan lebih kemas & sharp.
Senang je kan? Selamat mencuba resepi kek butter premium ni – confirm jadi, confirm gebu gebasss 😍
Sumber: Awin Mazuin Abdul Aziz
Leave a Reply