Resepi Kentang Putar Homemade – Simple, Sedap & Mudah Sangat!

Kentang putar homemade yang lembut dan berkrim dihidang bersama kuah black pepper.

Ramai yang minta saya kongsikan Kentang Putar Homemade yang selalu buat di rumah. Resepi ni sangat mudah, cepat disediakan dan confirm lembut berkrim. Kalau makan dengan chickenball dan kuah black pepper, memang terangkat!

Bahan-bahan:

  • 1 buntil ubi kentang (±1.5kg)
  • 2 keping butter (setebal 1 inci setiap keping)
  • 1 sudu makan garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • Opsyenal: 2-4 sudu besar susu cair / susu segar (untuk rasa lebih berkrim)

Cara Penyediaan:

  1. Kupas kulit ubi kentang, cuci bersih dan potong 4 bahagian (kalau besar, potong 6).
  2. Masukkan dalam periuk, tambah air secukupnya dan masukkan garam.
  3. Rebus selama 10-15 minit hingga kentang empuk (boleh cucuk garpu untuk uji).
  4. Angkat dan toskan kentang menggunakan penapis, kemudian masukkan ke dalam loyang atau mangkuk besar.
  5. Masukkan butter, serbuk lada hitam dan putih semasa kentang masih panas.
  6. Lenyekkan kentang menggunakan burger press atau alat penekan kentang hingga betul-betul lumat dan halus.
  7. Tips: Boleh tambah susu jika suka tekstur lebih lembut dan berkrim. Tapi kalau makan dengan kuah black pepper, tak bubuh susu pun tetap sedap!

Penutup

Senang sangat kan? Nak buat untuk makan malam, jamuan atau jualan pun sesuai. Resepi ini boleh disiapkan kurang 30 minit. Silakan share resepi ni dengan kawan-kawan. Terima kasih!

Sumber: Farid Sham

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*