Macaroni Cheese atau lebih dikenali sebagai mac and cheese adalah hidangan pasta popular di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, Kanada dan UK. Orang Malaysia juga sukakan makanan Western, terutama yang dikongsikan oleh Noratiqah Nordin di Facebook ini. Jom kita cuba!
Bahan-Bahan
- 3 cawan macaroni
- Air secukupnya (untuk merebus macaroni)
- Sedikit minyak (untuk merebus macaroni)
- 3 keping cheese slice
- 1 cawan cheese powder
- 1 sudu parsley
- 3 cawan susu segar (full cream atau cooking cream)
- 1 sudu basil
- 1 sudu oregano
Cara-Cara Memasak
- Rebus macaroni dengan air dan sedikit minyak sehingga kembang, kemudian ketepikan.
- Masukkan susu segar ke dalam kuali dan panaskan.
- Masukkan semua cheese slice dan cheese powder – rahsia kesedapan macaroni cheese.
- Tambahkan bahan herba Itali seperti parsley, basil dan oregano.
- Masukkan macaroni yang sudah direbus tadi ke dalam kuali.
- Gaul sehingga sebati. Jika suka kuah lebih, boleh tambahkan lebih susu.
- Siap untuk dihidang! Untuk rasa lebih sedap, tambah mozarella cheese.
Resepi ini sangat sesuai untuk dimasak di rumah dan pasti disukai anak-anak.
Resepi ni mudah dan sedap sesuai untuk hidangan keluarga. Pelajari cara buat macaroni cheese creamy dengan bahan simple dan herba Itali.
Selamat mencuba!
Sumber: Noratiqah Nordin
Leave a Reply