Resepi Macaroni Cheese Mudah & Sedap Untuk Santapan Keluarga

Sepinggan macaroni cheese berkrim dengan taburan herba segar
Mood hari ini nak masak makanan Western pula untuk keluarga, tapi tiada idea? Jangan risau, kami cadangkan anda cuba resepi Macaroni Cheese yang mudah dan sedap ini.

Macaroni Cheese atau lebih dikenali sebagai mac and cheese adalah hidangan pasta popular di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, Kanada dan UK. Orang Malaysia juga sukakan makanan Western, terutama yang dikongsikan oleh Noratiqah Nordin di Facebook ini. Jom kita cuba!

Bahan-Bahan

  • 3 cawan macaroni
  • Air secukupnya (untuk merebus macaroni)
  • Sedikit minyak (untuk merebus macaroni)
  • 3 keping cheese slice
  • 1 cawan cheese powder
  • 1 sudu parsley
  • 3 cawan susu segar (full cream atau cooking cream)
  • 1 sudu basil
  • 1 sudu oregano

Cara-Cara Memasak

  1. Rebus macaroni dengan air dan sedikit minyak sehingga kembang, kemudian ketepikan.
  2. Masukkan susu segar ke dalam kuali dan panaskan.
  3. Masukkan semua cheese slice dan cheese powder – rahsia kesedapan macaroni cheese.
  4. Tambahkan bahan herba Itali seperti parsley, basil dan oregano.
  5. Masukkan macaroni yang sudah direbus tadi ke dalam kuali.
  6. Gaul sehingga sebati. Jika suka kuah lebih, boleh tambahkan lebih susu.
  7. Siap untuk dihidang! Untuk rasa lebih sedap, tambah mozarella cheese.

Resepi ini sangat sesuai untuk dimasak di rumah dan pasti disukai anak-anak.

Resepi ni mudah dan sedap sesuai untuk hidangan keluarga. Pelajari cara buat macaroni cheese creamy dengan bahan simple dan herba Itali.

Selamat mencuba!

Sumber: Noratiqah Nordin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*