Resepi Ayam Kurma Pekat Sedap – Berlemak & Wangi Rempah

Ayam kurma pekat sedap dengan rempah Adabi dan kuah berlemak
Kalau sebut ayam kurma, kita terus terbayang lauk kenduri atau hidangan istimewa di rumah. Resepi ini menggunakan rempah kurma Adabi dengan teknik tumis hingga pecah minyak untuk menghasilkan kuah yang pekat, berlemak dan beraroma wangi rempah. Memang padu dimakan bersama nasi minyak, nasi hujan panas atau nasi putih.

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 peket serbuk kurma Adabi
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji ubi kentang (potong dua)
  • 1/2 biji lobak merah
  • Hirisan cili (jika suka)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan Ayam Kurma

  1. Tumbuk bawang putih bersama halia. Bawang merah dimayang. Tumis semua sekali hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Bancuhkan serbuk kurma dengan sedikit air, kemudian masukkan ke dalam tumisan bawang. Goreng hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan kacau sebati dengan rempah. Biarkan seketika dalam 2 minit.
  4. Tambahkan santan, ubi kentang, dan lobak merah. Masukkan gula dan garam secukupnya.
  5. Reneh sehingga ayam masak dan ubi kentang empuk. Bila kuah semakin pekat, tutup api dan tabur hirisan cili.

Tip Tambahan

  • Gunakan santan segar untuk rasa lebih lemak dan wangi.
  • Kalau suka rasa pedas manja, tambah sedikit cili api ketika menumis rempah.
  • Untuk aroma yang lebih harum, masukkan 1 batang serai yang diketuk semasa menumis.

Kredit: Nor Khomariah Norrohman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*