Resepi Udang Berempah Sweet Sour – Pedas, Masam, Manis Memikat Selera!

Udang berempah sweet sour dalam pinggan, kuah merah pekat dengan bawang dan daun sup

Harini mesti terfikir-fikir nak masak apa untuk family di hujung minggu kan? Apa kata cuba resepi Udang Berempah Sweet Sour ni. Gabungan rasa manis, masam dan pedas yang padu – pasti buat semua makan bertambah. Jom tengok resepi lengkap!

🦐 Bahan Utama:

  • 10 ekor udang saiz besar (saiz L) – dibersihkan dan toskan
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • Secubit garam

➡️ Perap udang dengan rempah & garam selama 10 minit. Goreng separuh masak, kemudian ketepikan.

🧄 Bahan-Bahan Menumis:

  • 4 labu bawang besar (2 labu dihiris nipis, 2 labu dipotong bulat untuk hiasan akhir)
  • 6 ulas bawang putih – dicincang
  • 5 biji cili padi – diketuk (ikut tahap kepedasan)
  • 3 cm halia – dihiris memanjang
  • 2 batang serai – dititik
  • 3 sudu besar cili kisar/blend
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • Daun sup secukupnya (optional)
  • Garam secukup rasa
  • Air – jika perlu untuk cairkan kuah

👩‍🍳 Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak lebihan goreng udang tadi (anggaran 3-4 sudu besar). Kurangkan minyak jika terlalu banyak.
  2. Tumis bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan bawang besar hiris dan tumis hingga sedikit garing.
  3. Masukkan cili padi, halia dan serai. Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan 1 sudu rempah daging dan kacau hingga pecah minyak. Guna api kecil supaya rempah tak hangit.
  5. Masukkan cili kisar, kacau hingga cili betul-betul masak dan pecah minyak.
  6. Masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Gaul rata dan masak 2-3 minit.
  7. Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul rata supaya udang bersalut dengan kuah. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air.
  8. Perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Masak 5 minit supaya kuah meresap ke dalam udang.
  9. Masukkan bawang besar bulat dan daun sup. Kacau seketika dan boleh tutup api.

📌 Tips Tambahan:

  • Boleh tukar udang dengan sotong atau ayam jika suka.
  • Jika suka lebih manis, boleh tambah sedikit gula semasa masukkan sos.
  • Sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi tomato atau bihun goreng kosong.

Selamat mencuba! 😋 Resepi udang berempah sweet sour ni sangat sesuai untuk hari istimewa – mudah, tapi rasa dia macam makan di restoran. Cubalah!

Kredit: Nurul Husna

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*