Resepi Gulai Daging Tanpa Santan – Pekat Berempah & Sedap!

Gulai daging tanpa santan pekat berempah dengan kentang rebus

Kalau tekak teringin gulai tapi tak nak guna santan, boleh cuba resepi gulai daging versi sihat ni. Walaupun tanpa santan, rasa tetap kaw dengan penggunaan rempah dan bahan asas yang betul. Lagi best, resepi ni cepat dan mudah kalau bahan semua dah siap rebus!

🥩 Bahan-Bahan:

  • 500g daging – direbus hingga empuk, simpan air rebusan
  • 2 biji kentang – direbus
  • 2 biji bawang merah besar – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 inci halia – dikisar
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji buah pelaga, 3 bunga cengkih – (rempah 3 sekawan)
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Air secukupnya – dari rebusan daging
  • 1/2 sudu besar kerisik – opsyenal tapi sedap!
  • Garam dan gula/perasa secukup rasa

👩‍🍳 Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis daun kari dan rempah 3 sekawan hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia). Tumis hingga wangi dan kekuningan.
  3. Bancuh serbuk kari dan serbuk cili dengan sedikit air hingga jadi pes. Masukkan ke dalam tumisan.
  4. Tumis pes rempah hingga pecah minyak dan naik bau. Gunakan api sederhana ke perlahan.
  5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  6. Masukkan daging rebus dan kentang. Gaul sebati. Masukkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
  7. Biarkan reneh dengan api perlahan selama 5–10 minit agar rempah meresap dalam daging.
  8. Masukkan 1/2 sudu besar kerisik untuk menaikkan rasa (jika ada). Jangan masak lama selepas kerisik dimasukkan – terus tutup api.
  9. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih panas! 🤤

💡 Tips Tambahan:

  • Boleh masukkan tomato atau asam keping jika mahu rasa sedikit masam.
  • Guna daging batang pinang untuk hasil lebih lembut dan cepat empuk.
  • Kalau nak pekat, reneh lebih lama dengan api perlahan dan kurangkan air.

Gulai daging ni walaupun tanpa santan tetap terasa lemaknya hasil dari kerisik dan rempah yang ditumis sampai pecah minyak. Sesuai untuk yang nak kawal kolesterol tapi tetap nak makan sedap!

Kredit: Puteri Nur Asmira

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*