Resepi Asam Pedas Ikan Siakap Johor – Masam Pedas Beraroma Padu!

Asam Pedas Ikan Siakap Johor – kuah merah pekat berempah dengan daun kesum dan bunga kantan

Asam pedas memang sinonim dengan rakyat Malaysia. Tapi kalau nak yang paling padu, pekat dan wangi dengan daun kesum & bunga kantan, kena cuba Asam Pedas Johor. Kali ni kita guna ikan siakap – isi lembut, tak hanyir, dan sedap digoreng sekejap sebelum dimasukkan dalam kuah untuk elak hancur.

🐟 Bahan-bahan:

  • 1 kg ikan siakap (dibersihkan & digoreng sekejap)
  • 3 batang serai (dititik)
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 cawan air asam jawa
  • 10 helai daun kesum
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 batang bunga kantan (belah dua)
  • Beberapa biji bendi
  • 1 biji tomato (belah empat)
  • Garam, gula & bahan perasa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya

🔪 Bahan Kisar (Tanda *):

  • 20 tangkai cili kering (direbus dahulu)*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 2 inci halia*
  • 1 inci belacan bakar*

👩‍🍳 Cara-cara Penyediaan:

  1. Kisar halus semua bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak (guna minyak lebih sikit untuk pecah minyak yang cantik).
  3. Tumis bahan kisar hingga .
  4. Masukkan serai, lada hitam tumbuk, air asam jawa, daun kesum, daun limau purut & bunga kantan.
  5. Kacau rata, kemudian masukkan ikan siakap yang telah digoreng.
  6. Tambah air secukupnya. Jika suka kuah banyak, lebihkan air. Tapi jangan terlalu cair – biar kuah pekat dan berwarna merah gelap.
  7. Masukkan garam, gula dan bahan perasa secukupnya. Kecilkan api dan biarkan reneh hingga ikan masak sempurna.
  8. Masukkan bendi dan tomato. Jangan lama – cukup sekadar layu supaya bendi tak lembik sangat.
  9. Sedia untuk dihidang panas-panas dengan nasi putih! 😍

📌 Tips Tambahan:

  • Goreng ikan sekejap sebelum masuk dalam kuah untuk elak hancur semasa reneh.
  • Boleh guna ikan pari, ikan tongkol atau ikan merah sebagai alternatif.
  • Bunga kantan & daun kesum wajib ada untuk aroma Johor-style yang padu.
  • Kalau nak rasa lebih pedas, tambah cili api kisar masa tumis.

Selamat mencuba asam pedas Johor versi ikan siakap! Jangan lupa makan dengan nasi panas, sambal belacan & ulam-ulaman. Memang ngam!

Kredit: Shah Shatry

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*