Siapa yang rindu rasa Ayam Masak Ros Nasi Kandar Line Clear Penang, ini dia resepi original dari Chef Anand Pusudoray sendiri. Memang ngam makan dengan nasi minyak atau nasi tomato. Ayam masak ros ni bukan saja merah cantik, tapi rasanya cukup berempah, masam manis, dan lemak berkrim!
🍗 Bahan Perapan Ayam:
- 600gm ayam (bertulang)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil garam
→ Gaul dan perap selama 30 minit.
🔪 Bahan Kisar A:
- 40gm halia
- 40gm bawang putih
- 20gm cili kering (direbus dulu)
- 120gm bawang
→ Kisar hingga halus.
🍅 Bahan Kisar B:
- 120gm tomato segar
- 80gm lobak merah
- 10gm kacang gajus
→ Kisar hingga halus. Ini rahsia kuah jadi lemak dan pekat!
🌶️ Bahan Lain:
- 200ml minyak masak
- 1 batang kayu manis
- 1 bunga lawang
- 4 bunga cengkih
- 4 buah pelaga
- 1 helai daun pandan
- 1 biji bawang besar Holland (dihiris)
- 1 batang serai (dititik)
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1/2 sudu kecil serbuk garam masala
- 80gm pes tomato dalam tin
- 80ml santan kotak
- Gula dan garam secukup rasa
👩🍳 Cara Memasak Ayam Masak Ros:
- Panaskan minyak dalam kuali besar.
- Goreng ayam perap selama 3 minit (separuh masak), angkat dan toskan.
- Dengan minyak sama, tumis rempah empat sekawan dan daun pandan.
- Masukkan bawang Holland hiris, tumis hingga perang keemasan.
- Masukkan bahan kisar A. Tumis hingga pecah minyak dan wangi.
- Tuang bahan kisar B, kacau dan masak 2 minit.
- Masukkan 80gm pes tomato dan gaul sebati.
- Masukkan semula ayam goreng tadi bersama serai titik.
- Tabur serbuk jintan putih, ketumbar, dan garam masala.
- Tutup kuali dan biarkan ayam masak selama 10 minit dengan api kecil.
- Selepas itu, buka tudung, tuang santan dan gaul rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Teruskan reneh lagi selama 10 minit hingga kuah pekat dan sebati.
📌 Tips Tambahan:
- Kalau suka rasa lebih pedas, boleh tambah cili kering rebus dalam bahan kisar A.
- Kacang gajus dan lobak merah dalam bahan kisar B beri rasa lemak manis semulajadi.
- Masakan ini sedap disediakan awal dan dipanaskan semula – lebih mesra rempah!
Selamat mencuba resepi premium dari dapur chef! Boleh simpan untuk menu istimewa keluarga atau kenduri.
Kredit: Emmy Sakura
Leave a Reply