Resepi Kuih Kaswi Gula Merah – Lembut Bergoyang, Sesuai Minum Petang!

Kuih kaswi gula merah lembut bergoyang disalut kelapa muda parut

Bagi penggemar kuih kaswi, memang wajib cuba resepi kaswi gula merah ini. Rasanya lembut dan bergoyang, disalut dengan kelapa muda segar yang membuka selera. Yang bestnya, walaupun dah sejuk, kuih tetap lembut dan sedap dimakan.

🍽️ Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah atau gula perang
  • 5 cawan air
  • 3/4 sudu teh kapur makan – dicampur dengan 3 sudu makan air
  • Kelapa muda parut (untuk salut)
  • Garam dan gula secukup rasa (optional untuk kelapa)

Nota: Gunakan cawan metrik untuk sukatan yang tepat.

👩‍🍳 Cara Penyediaan:

  1. Panaskan 2 cawan air dari 5 cawan air untuk melarutkan gula pasir dan gula merah. Kacau hingga larut. Tapis dan sejukkan.
  2. Dalam bekas besar, masukkan air gula tadi bersama baki 3 cawan air dan semua bahan kering (tepung gandum dan tepung ubi). Kacau sebati.
  3. Masukkan air kapur yang telah dicampur air. Kacau rata tetapi jangan terlebih guna air kapur supaya kuih tidak pahit atau keras.
  4. Didihkan air dalam pengukus. Alas pengukus dengan kain tuala untuk elakkan air menitik ke kuih semasa mengukus.
  5. Oleskan sedikit minyak pada loyang bersaiz 8×8 inci. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  6. Kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit bergantung saiz loyang dan ketebalan kuih. Bila masak, sejukkan sebelum dipotong.
  7. Gaulkan potongan kuih kaswi ke dalam kelapa muda parut bersama sedikit garam dan gula jika suka. Kami suka makan tanpa tambahan kerana kuih sudah cukup manis.

Kuih kaswi gula merah ini sangat sedap dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga. Selamat mencuba!

Kunjungi akakpesan.com untuk lebih banyak resepi kuih tradisional yang mudah dan padu.

Kredit: Mas Cotek

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*