Resepi Pani Puri Homemade Gaya India – Rangup, Masam Manis & Pedas!

Bebola puri rangup berisi kentang dan kuah masam pedas ala India

Terliur tengok Hos Bala makan Pani Puri dalam rancangan “Rasikka Rusikka”. Tak tahan, terus cari bahan dan buat sendiri! Sekali suap – pecah dalam mulut! Rasa dia memang ‘meletup’: masam, manis, pedas, minty dan rangup. Sekali cuba mesti nak lagi!

🍽️ Bahan Utama:

  • 1 peket Kepingan Puri (digoreng & simpan dalam bekas kedap udara)

💚 Bahan Kuah Hijau – Theeka Paani:

  • 1 genggam daun pudina
  • 1/2 genggam daun ketumbar
  • 3 biji cili padi hijau
  • 4 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar gula putih
  • 1 ketul gula melaka (besar ibu jari)
  • Garam secukup rasa
  • 2 gelas air masak
  • 2 sudu besar pes asam jawa (Adabi)
  • 5 biji air perahan limau kasturi
  • 1 biji air perahan limau nipis
  • 1 hirisan limau purut (optional)

Cara: Kisar semua bahan & tapis. Ambil air sahaja. Rasa mesti ada keseimbangan masam, manis & pedas.

🤍 Bahan Kuah Putih – Lassi Yogurt:

  • 1 bekas besar yogurt asli
  • Air masak secukupnya
  • Garam & gula secukup rasa

Cara: Kacau semua bahan hingga sebati. Siap!

🥔 Bahan Inti Kentang Masala:

  • 5-6 biji kentang (rebus & lenyek lumat)
  • 1/2 sudu kecil rempah pani puri (atau serbuk jintan manis & putih)
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu kecil)
  • 1 sudu kecil chili flakes

Cara: Gaul semua bahan dalam kentang yang telah dilenyek. Gaul sebati. Siap!

🟤 Bahan Kuah Asam Jawa – Tamarind Pani:

  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 ketul gula melaka (besar ibu jari)
  • 6 biji kurma (buang biji)
  • 1/2 sudu kecil rempah pani puri masala
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • Garam & gula secukup rasa
  • Air panas sama paras dengan bahan kisar

Cara: Kisar semua bahan hingga lumat. Jadikan seperti puri pekat. Siap!

🥄 Cara Makan:

  1. Ambil bebola puri yang rangup, tekan perlahan guna jari atau belakang sudu untuk buat lubang di atas.
  2. Isi dengan kentang masala.
  3. Tuang kuah putih, kuah hijau dan tamarind pani hingga hampir penuh.
  4. Tabur boondi muruku di atas (jika ada).
  5. Suap terus ke mulut & nikmati ledakan rasa!

Pani Puri ni memang addictive! Siapa yang suka makanan ‘fun’ & unik, wajib cuba. Resepi homemade ni confirm puas hati dan lebih jimat dari beli luar.

Kalau suka resepi international yang mesra tekak Melayu, follow je blog akakpesan.com – tiap minggu ada resepi baru yang boleh cuba sendiri di rumah 🥰

Kredit: Aisyah Humaira

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*