Terliur tengok Hos Bala makan Pani Puri dalam rancangan “Rasikka Rusikka”. Tak tahan, terus cari bahan dan buat sendiri! Sekali suap – pecah dalam mulut! Rasa dia memang ‘meletup’: masam, manis, pedas, minty dan rangup. Sekali cuba mesti nak lagi!
🍽️ Bahan Utama:
- 1 peket Kepingan Puri (digoreng & simpan dalam bekas kedap udara)
💚 Bahan Kuah Hijau – Theeka Paani:
- 1 genggam daun pudina
- 1/2 genggam daun ketumbar
- 3 biji cili padi hijau
- 4 sudu besar gula perang
- 1 sudu besar gula putih
- 1 ketul gula melaka (besar ibu jari)
- Garam secukup rasa
- 2 gelas air masak
- 2 sudu besar pes asam jawa (Adabi)
- 5 biji air perahan limau kasturi
- 1 biji air perahan limau nipis
- 1 hirisan limau purut (optional)
Cara: Kisar semua bahan & tapis. Ambil air sahaja. Rasa mesti ada keseimbangan masam, manis & pedas.
🤍 Bahan Kuah Putih – Lassi Yogurt:
- 1 bekas besar yogurt asli
- Air masak secukupnya
- Garam & gula secukup rasa
Cara: Kacau semua bahan hingga sebati. Siap!
🥔 Bahan Inti Kentang Masala:
- 5-6 biji kentang (rebus & lenyek lumat)
- 1/2 sudu kecil rempah pani puri (atau serbuk jintan manis & putih)
- 1 sudu kecil serbuk pati ayam
- 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu kecil)
- 1 sudu kecil chili flakes
Cara: Gaul semua bahan dalam kentang yang telah dilenyek. Gaul sebati. Siap!
🟤 Bahan Kuah Asam Jawa – Tamarind Pani:
- 1 sudu besar pes asam jawa
- 1 ketul gula melaka (besar ibu jari)
- 6 biji kurma (buang biji)
- 1/2 sudu kecil rempah pani puri masala
- 1 sudu kecil serbuk cili
- Garam & gula secukup rasa
- Air panas sama paras dengan bahan kisar
Cara: Kisar semua bahan hingga lumat. Jadikan seperti puri pekat. Siap!
🥄 Cara Makan:
- Ambil bebola puri yang rangup, tekan perlahan guna jari atau belakang sudu untuk buat lubang di atas.
- Isi dengan kentang masala.
- Tuang kuah putih, kuah hijau dan tamarind pani hingga hampir penuh.
- Tabur boondi muruku di atas (jika ada).
- Suap terus ke mulut & nikmati ledakan rasa!
Pani Puri ni memang addictive! Siapa yang suka makanan ‘fun’ & unik, wajib cuba. Resepi homemade ni confirm puas hati dan lebih jimat dari beli luar.
Kalau suka resepi international yang mesra tekak Melayu, follow je blog akakpesan.com – tiap minggu ada resepi baru yang boleh cuba sendiri di rumah 🥰
Kredit: Aisyah Humaira
Leave a Reply