Mak cakap tak tahu nak makan apa. Jadi kita masakkan lauk simple tapi sedap – sambal goreng tempe dan ikan bilis yang confirm membangkitkan selera!
Lauk ni memang ‘kena’ dengan nasi panas, boleh buat makan tengah hari atau malam. Tambah pula ada daun limau purut, memang naik aroma dia!
🍴 Bahan-Bahan Goreng:
- Tempe – dipotong nipis & digoreng
- Ikan bilis – digoreng rangup
- Fucuk – digoreng garing
- Sohun – direndam & digoreng (akan jadi garing ringan)
🌶️ Bahan Tumis:
- 1-2 sudu cili kisar
- 3-4 ulas bawang merah – dihiris nipis
- 2-3 ulas bawang putih – dihiris
- 5-6 biji cili padi – dihiris (ikut tahap pedas)
- Daun limau purut – dihiris halus (2-3 helai)
- 1-2 sudu gula
- 1-2 sudu kicap (manis atau lemak manis)
- Garam secukup rasa
👩🍳 Cara-Cara:
- Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan daun limau purut sampai naik bau dan agak perang.
- Masukkan cili kisar, tumis sampai garing dan pecah minyak.
- Masukkan gula, garam dan kicap. Rasa dan seimbangkan ikut citarasa sendiri.
- Apabila sambal dah pekat dan garing, tutupkan api.
- Masukkan semua bahan goreng tadi – tempe, ikan bilis, fucuk dan sohun – ke dalam sambal. Gaul rata sampai bersalut sambal.
🍚 Tip Hidangan:
- Makan panas-panas dengan nasi putih.
- Lauk ni tahan lama – boleh simpan dalam bekas kedap & panaskan bila perlu.
- Kalau nak lagi sedap, tambah hirisan bawang besar mentah semasa makan!
Selamat mencuba! Kalau suka resepi macam ni, jangan lupa bookmark akakpesan.com – resepi lauk harian, simple dan penuh rasa nostalgia ❤️
Kredit: Lin Naza
Leave a Reply