Ayam madu bakar sentiasa menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang manis, sedikit pedas dan berkilat cantik apabila dibakar. Menariknya, resepi ini sangat ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan, namun hasilnya memang memuaskan.
Dengan teknik perapan yang betul, ayam akan menjadi lebih lembut, berjus dan berwarna merah keemasan yang menyelerakan.
Bahan-bahan
- Ayam (ikut kuantiti yang diinginkan, dipotong dan dibersihkan)
- Gula perang
- Serbuk lada
- Garam secukup rasa
Cara Perap & Bakar Ayam Madu
- Masukkan ayam ke dalam bekas bersih.
- Tambahkan gula perang, serbuk lada dan garam.
- Gaul rata sehingga semua bahagian ayam disaluti bahan perapan.
- Simpan ayam yang telah diperap ke dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam. Lebih lama diperap, lebih sedap rasanya.
- Ayam boleh dibakar menggunakan oven, air fryer atau kuali non-stick.
- Jika menggunakan kuali, masak atas api sederhana dan balikkan ayam supaya masak sekata dan tidak hangus.
- Teruskan memasak sehingga ayam masak sepenuhnya, permukaan berkilat dan kuah perapan melekat cantik pada ayam.
Tip Supaya Ayam Lebih Sedap
Serbuk lada bukan sahaja memberi rasa pedas ringan, malah membantu menghasilkan warna ayam yang merah dan menarik. Pastikan api tidak terlalu besar supaya gula tidak cepat hangus.
Ayam madu bakar ini sangat sesuai dihidangkan bersama nasi putih, nasi minyak atau dijadikan lauk untuk majlis ringkas di rumah.
Sumber: Nur Amalyna Zuraida
Leave a Reply