Musim hujan memang sesuai sangat makan bihun soto berkuah pekat! Aroma rempah dan kelembutan ayam carik bersama bihun panas pasti buat anda terliur. Kali ini kami kongsikan resipi bihun soto homemade yang mudah, lengkap dengan begedil, sambal dan taburan kacang goreng.
Bahan-Bahan Utama Kuah Soto
- 1 ekor ayam – potong 4
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 2 sudu besar serbuk lada putih
- 2 sudu besar serbuk ketumbar
- 2 sudu besar serbuk sup
- 1 batang kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji cengkih
- 1 kiub ayam
- Garam dan sedikit gula – secukup rasa
Bahan Kisar Halus
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 3 batang serai – diketuk
Cara Masak Kuah Soto
- Panaskan minyak dan tumis rempah penumis (kayu manis, cengkih, buah pelaga, bunga lawang).
- Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau wangi.
- Masukkan serbuk ketumbar, jintan, lada putih dan serbuk sup. Gaul sebati.
- Tuangkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. Biarkan mendidih.
- Masukkan ayam, serai, garam, gula dan kiub ayam. Rebus hingga ayam empuk.
- Keluarkan ayam, goreng sekejap hingga keemasan dan carik-carik halus.
Bahan Sampingan Bihun Soto
- Bihun: Celur hingga lembut
- Taugeh: Celur sekejap atau goreng tanpa minyak
- Daun sup & daun bawang: Dihiris halus
- Bawang goreng: Untuk taburan
- Kacang tanah: Goreng dan tumbuk kasar
- Begedil ayam: Untuk hidangan lebih lengkap
- Sambal kicap: Jika suka pedas
Cara Hidang Bihun Soto yang Padu
Dalam mangkuk, susun bihun, ayam carik, taugeh, begedil, daun sup dan daun bawang. Curahkan kuah panas-panas. Tabur kacang tanah dan bawang goreng. Hidang bersama sambal kicap atau limau kasturi untuk rasa lebih “kick”.
Tips Tambahan Masak Soto
- Gunakan ayam kampung untuk rasa kuah lebih manis dan berlemak.
- Tambah sedikit santan jika mahu kuah lebih berkrim.
- Sediakan begedil sehari awal untuk jimat masa memasak.
- Boleh simpan kuah dalam peti ais untuk tahan 2-3 hari.
Kenapa Bihun Soto Ni Jadi Kegemaran Ramai?
Bihun soto lengkap dengan semua elemen – kuah rempah wangi, ayam empuk, bihun lembut, dan pelbagai bahan sampingan yang seimbang. Ia sesuai dijadikan hidangan makan tengah hari, malam atau juadah rumah terbuka!
Leave a Reply