Kalau anda sedang mencari menu minum petang yang mudah, gebu, dan wangi, apam gula melaka ini memang pilihan tepat! Resepi tradisional ini bukan saja senang dibuat, tapi hasilnya lembut, gebu, dan cukup manis lemak. Memang mengimbau kenangan kuih-muih kampung.
Bahan-Bahan
- ½ cawan gula melaka, diracik
- ½ cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan
- 1½ cawan air
- 3 cawan tepung gandum
- ½ paket mauripan (yis kering) – dibancuh dengan ½ cawan air
- Kelapa parut putih – digaul dengan sedikit garam untuk taburan
Cara Penyediaan
- Masukkan gula melaka, gula pasir, daun pandan dan air dalam periuk. Masak sehingga gula larut, tapis dan biarkan sejuk.
- Dalam bekas besar, masukkan tepung gandum dan tuang air gula yang telah sejuk bersama bancuhan mauripan.
- Kacau rata sehingga sebati, kemudian perap selama 1-2 jam.
- Sediakan pengukus dan panaskan air sehingga mendidih.
- Tuang adunan apam ke dalam acuan kecil atau loyang yang telah disapu minyak.
- Kukus selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga masak (bergantung pada saiz acuan).
- Setelah sejuk, potong apam dan tabur dengan kelapa parut putih yang telah digaul garam.
- Sedia untuk dihidangkan!
Tips Tambahan
- Pastikan air gula betul-betul sejuk sebelum dicampur dengan tepung supaya yis tidak mati.
- Boleh tambah sedikit esen vanilla untuk aroma lebih wangi.
- Untuk hasil lebih gebu, perap adunan lebih lama (2 jam).
- Jika guna acuan kecil, masa mengukus boleh dipendekkan kepada 10-12 minit sahaja.
Kredit: Ayuqaseh Ashraf
Leave a Reply