Tips Nak Buat Kuah Laksam atau Laksa Lemak Kelate Supaya Rasa Padu!

Kuah Laksam Pekat Berlemak Kelantan Bersama Ulam Segar

Kalau nak kuah laksam atau laksa lemak Kelate tu rasa kaya, lemak, dan sedap meletop, jom ikut tips ni. Yang baru nak belajar elok masuk kelas, senang semua dah siap sukat, tinggal campak je!

1. Ikan Mesti Fresh

Rebus ikan dengan garam dan cuka – bukan setakat bagi sedap, tapi nak bagi isi ikan tu pejal. Senang nak ambil isi lepas tu.

2. Bawang Kena Ada Dua Jenis

Guna campuran bawang merah biasa + bawang holland – dua-dua ni bantu bagi kuah rasa manis dan wangi semulajadi.

3. Santan Jangan Kedekut

Nak kuah lemak, mestilah santan kena banyak. Baru rasa dia ‘naik’ dan pekat.

4. Sukatan Garam & Gula Kena Ngam

Jangan main agak-agak sangat, sebab kuah ni nak kena balance dengan rasa pedas sambalado. Kena pandai kawal supaya semua rasa ‘masuk’.

5. Semua Bahan Blend Kena Halus

Kisar betul-betul sampai halus, biar kuah tak berketul dan rasa lebih sekata.

6. Nisbah Air, Ikan & Santan Kena Tepat

Jangan kedekut ikan dan santan, tapi jangan terlebih bawang. Nak kuah tak cepat basi dan kekal putih bersih, boleh guna santan kotak Kara saja.

7. Ulam Kena Cukup Meriah

  • Kacang panjang
  • Daun samok
  • Bunga kantan
  • Timun
  • Taugeh
  • Kubis putih (jika suka)

Nota: Daun kesum jarang letak, takut ada pelanggan yang tengah makan ubat, nanti mabuk katanya hehe.

Tujuan Rebus Ikan dengan Cuka

Nak bagi isi ikan pejal dan senang nak asingkan isi dari tulang. Haa… trick simple, tapi ramai tak tahu!

Selamat mencuba Kuah Laksam! Moga jadi kuah paling padu.

Kredit: Suhasnida Ismail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*