Menu yang nampak simple, tapi rasa dia memang menyentuh hati! Ikan goreng garing disiram sos kicap cair bersama halia rangup dan hirisan timun sejuk – memang refreshing dan cukup menyelerakan.
Resepi ini sesuai sangat untuk sajian makan malam bersama keluarga atau nak buat surprise dekat orang rumah. Kalau nak lebih ‘high-end’, boleh guna ikan kod seperti di Hatyai. Tapi siakap, kerapu atau bawal pun padu!
🐟 Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap (boleh ganti dengan kerapu/bawal/ikan kod)
- ¼ cawan kicap cair (light soy sauce)
- 3 inci halia – hiris nipis & potong macam batang mancis
- 1 sudu teh brown sugar
- Daun bawang (bahagian pangkal – potong 1.5 inci)
- Daun bawang (bahagian atas – hiris nipis untuk hiasan)
- Timun – hiris nipis guna peeler (untuk alas ikan)
- Cili padi (ikut tahap pedas yang diinginkan)
- 1 sudu kecil minyak bijan
- Sedikit air panas
- Sedikit garam
👩🍳 Cara-cara Penyediaan
- Hiris halia nipis dan potong seperti batang mancis. Goreng sekejap sehingga sedikit rangup dan ketepikan.
- Lumurkan ikan dengan garam secukup rasa, kemudian goreng dalam minyak panas hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Gunakan minyak yang sama untuk masak sos – tapi ambil sedikit sahaja ke dalam kuali lain.
- Masukkan kicap cair, minyak bijan, brown sugar, sedikit air panas, daun bawang (bahagian batang) dan cili padi.
- Masak sekejap hingga mendidih. Rasa dan sesuaikan tahap masin & manis.
- Susun hirisan timun nipis di atas pinggan.
- Letak ikan yang telah digoreng di atas timun, tuangkan sos panas-panas ke atasnya.
- Taburkan halia goreng dan daun bawang curly di atas sebagai hiasan.
📌 Tips Hiasan Daun Bawang
Potong bahagian batang daun bawang dalam 1 inci. Kemudian belah halus-halus menggunakan pisau tajam. Rendam dalam air ais selama 4-5 minit – hasilnya akan curly cantik macam kat restoran!
💡 Nota Tambahan
- Jika nak rasa lebih berlemak, boleh tambah sedikit mentega semasa tumis sos.
- Halia yang digoreng boleh dibuat banyak dan simpan untuk hiasan lauk lain juga.
- Untuk versi sihat, boleh kukus ikan terlebih dahulu dan siram sos di atasnya – rasa tetap sedap!
Selamat mencuba menu ala restoran 5 bintang ni – dijamin makan nasi bertambah!
Kredit: Marina Ismail
Leave a Reply