Brownies fudgy yang moist, kaya rasa coklat dan cukup memuaskan setiap gigitan! Resepi ini diinspirasikan dari laman web BigOven (Hershey’s Best Brownies), dan telah diolah semula dengan bahan asas yang mudah dicari. Guna satu mangkuk sahaja, sangat mudah dan sedap!
🌼 Bahan-bahan:
- 1 cawan mentega atau marjerin (dicairkan) – boleh guna microwave
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan gula perang (brown sugar)
- 2 sudu teh esen vanila
- 4 biji telur
- 3/4 cawan serbuk koko (contoh: Hershey’s Cocoa)
- 1 cawan tepung kek (boleh guna tepung gandum serbaguna)
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/4 sudu teh garam
🌹 Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 170°C.
- Dalam mangkuk besar, satukan mentega cair, gula pasir, gula perang dan esen vanila. Kacau rata.
- Masukkan telur satu per satu, kacau hingga sebati setiap kali masukkan telur.
- Masukkan serbuk koko dan kacau hingga sekata.
- Masukkan tepung kek, baking powder dan garam. Gaul hingga semua bahan sebati – jangan terlebih gaul.
- Tuang adunan ke dalam loyang (9×9 inci) yang telah digris dengan mentega atau dilapik baking paper.
- Bakar selama 30–35 minit atau sehingga bahagian tepi brownies mula lekang dari loyang.
- Sejukkan brownies sepenuhnya sebelum dipotong untuk hasil yang fudgy dan kemas.
💡 Tip Ekstra:
- Untuk rasa lebih fudgy, bakar hanya 30 minit dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.
- Boleh tambah choc chips atau walnut untuk tekstur tambahan.
- Brownies ini sedap dimakan panas bersama ais krim vanila!
Selamat mencuba resepi fudgy brownies ini dan jangan lupa share bila dah berjaya!
Kredit: Liza Aziz
Leave a Reply