Ayam sambal ni anak-anak memang suka makan dengan nasi lemak! Berbeza dengan ayam masak merah untuk nasi minyak, resepi ini ada keunikan tersendiri—ada serai, lengkuas dan ditambah pula dengan sos cili dan gula kabung. Memang padu!
🍗 Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam – potong kecil
- 6 sudu besar cili kering kisar
- 10 biji bawang merah – kisar
- 5 ulas bawang putih – kisar
- 1 inci halia – kisar
- 1 inci lengkuas – kisar
- 5 batang serai – (3 dikisar bahagian putih sahaja, 2 lagi diketuk)
- Sos cili Kumball secukupnya
- Serbuk kunyit secukupnya
- Garam secukup rasa
- 1 inci gula kabung (boleh guna gula melaka jika tiada)
👩🍳 Cara Penyediaan:
- Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng hingga ¾ masak. Ketepikan.
- Panaskan minyak lebihan menggoreng tadi. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan serai yang diketuk dan kacau rata.
- Tambah sedikit air, garam dan gula kabung. Kacau hingga larut dan sebati.
- Masukkan sos cili dan kacau sebati.
- Masukkan ayam goreng tadi dan masak hingga sambal pekat, ayam sebati dan naik minyak.
- Siap untuk dihidangkan bersama nasi lemak atau nasi putih panas!
Tips: Ayam sambal ni kalau disimpan semalaman, lagi sedap sebab bahan-bahan dah serap masuk dalam isi ayam. Boleh juga dijadikan lauk bekal anak sekolah!
Selamat mencuba! Jangan lupa share dan follow akakpesan.com untuk lebih banyak resepi lauk kegemaran keluarga 💖
Kredit: Nur Masri
Leave a Reply