Dua sahabat baik wrga emas hidup dalam keadaan d4if, rumah tiada bekalan air & elektrik

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Dua sahabat baik wrga emas hidup dalam keadaan d4if, rumah tiada bekalan air & elektrik

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’, itu peribahasa yang tepat bagi menggambarkan kesus4han dialami dua orang wrga emas apabila perlu hidup di dalam rumah panjang yang serba d4if di kawasan Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang sukarelawan yang dikenali sebagai Abbe Hae di laman Facebooknya, dia meluahkan rasa sebak melihat kesusahan dua sahabat baik yang dikenali sebagai Kak Yatie dan Kak Senah.

Difahamkan, Abbe Hae cuba menawarkan kediaman baharu buat Kak Yatie dan Kak Senah memandangkan rumah yang didiami mereka tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

“Kak Yatie dan Kak Senah adalah sahabat baik sehidup semati. Abbe terkejut bila dibawa ziarah mereka berdua. Kehidupan dan tempat tinggal yang begitu daif tanpa bekalan air dan eletrik..

“Abbe mengambil keputusan untuk sewakan rumah yang lebih baik buat mereka berdua.

Pada mulanya salah seorang daripada mereka iaitu Kak Yatie bersedia untuk berpindah tapi malangnya Kak Senah tidak sanggup tinggalkan rumah yang dah lama mereka huni ini,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Abbe Hae untuk memujuk berpindah ke rumah lain tidak berjaya apabila Kak Senah enggan meninggalkan kediaman yang disewa RM70 sebulan itu.

Sehubungan itu, dia terp4ksa akur dengan keputusan Kak Yatie dan Kak Senah dan Abbe Hae menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur serta sejumlah wang tunai.

“Berbagai cara di pujuk rayu untuk Kak Senah berpindah tapi dia tetap berdegil untuk terus tinggal di situ. Memandangkan Kak Senah enggan berpindah maka Kak Yatie turut sama enggan berpindah..

“Apa daya abbe lagi, Abbe hanya berikan mereka keperluan dapur dan sedikit wang tunai untuk membeli lain-lain keperluan. Menurutnya rumah ini mereka sewa dengan kadar harga RM70.00 sebulan,” ujarnya lagi.

Sumber: hm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*