Mudah Sangat Cara Buat Sambal Pijak Gajah Ni, Guna 4 Bahan Je

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Mudah Sangat Cara Buat Sambal Pijak Gajah Ni, Guna 4 Bahan Je

Pasti ramai yang pertama kali mendengar ‘Sambal Pijak Gajah’ kan? Jangan risau, resepi sambal ini tidak menggunakan sebarang unsur bahan dari gajah sama sekali. Hanya namanya sahaja.

Sambal sudah menjadi ‘kewajipan’ rakyat Malaysia setiap kali makan hidangan bernasi, ia ibarat penambah rasa. Kalau tak ada sambal ini, ibarat ada sesuatu yang kurang.

Mudahnya resipi ini kerana ia tidak perlu tumis di dalam kuali. Cukup hanya menggunakan lesung sahaja.

Kalau ada yang teringin nak cuba, mari ikuti menu istimewa daripada Cik Nazuhaina Azu yang confirm sedap sehingga mendapat lebih 40 ribu shares di Facebook. Selamat mencuba!

RESEPI SAMBAL PIJAK GAJAH GUNA 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • Limau kasturi
  • Ikan bilis
  • Cili api
  • Garam halus

Cara-cara:

1. Satukan ikan bilis, cili api dan garam halus. Kemudian tumbuk ketiga-tiga bahan ini menggunakan lesung. Tumbuk kasar dan jangan sampai terlalu hancur.

resepi sambal

2. Kemudian, perahkan limau kasturi ke atas bahan yang sudah ditumbuk hancur tadi.

3. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas, selamat mencuba!

resepi sambal

Kredit resipi dan gambar: Nazuhaina Azu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*